Sunday 30 November 2014

Projek Orang Minyak

Idea untuk menulis dan mengeluarkan sebuah karya tentang koleksi koleksi nasional telah tercetus beberapa tahun lalu. Tak tahu la awat aku berminat sangat untuk menulis tentang oldskool dan vintage. Pernah suatu ketika dulu aku menulis untuk My Rides Magazine. Kebanyakannya dalam ruangan restorasi.

Namun bila masa berlalu, kecenderungan tentang kereta oldskool pun turut surut berlalu. Aku terjebak dengan barang barang lama especially signs dan mesin mesin lama. Mulanya nak tulis tentang local signage. Tetapi setelah selangkah menulis, cita cita itu tertunda dan aku menemui kebuntuan yang sangat lama. Sejak sebulan dua ini baru aku mula sambung kembali hikayat tersebut. Aku akhirnya kecilkan skop penulisan... yaani berkenaan barang barang minyak saja..

Belum ada judul untuk buku ini.. tapi aku dah bubuh title Orang Minyak buat buah mola.

Berkisar tentang sign, pam, tin, scene petroliana, automemorabilia, kisah suka duka para pemungut, restorasi dan lain lain. Telah aku contact beberapa sahabat orang minyak yang sudi berkerjasama menyumbang maklumat. Insyallah aku coba selesaikan ilham yang terbuku setakat ini..

Alamak... tak brani nak janji bila buleh siap..



Saturday 29 November 2014

Bireley's Tin Sign







Aku pun tatau apa pasai langsung setuju beli sign ni. Keputusan dibuat split second time tu, kira kira tiga minggu lalu. Anyway kini dah aku setuju joi sign ni ke seseorang kemarin...

Misti hampa kata gila kan? Agaknya brapa duit harga tin karat ni? Eh... agaknya berapa ratuih harga aku beli? Eh.. berapa ratuih harga aku joi? Eh.. brapa ribu kalo orang tu berupaya buat magic dan joi balik?






Thursday 27 November 2014

Hikayat Merong Mahawangsa

Sapa mau? Rm55 senaskah termasuk kos pos di Malaysia. Copy, perfect binding depa panggey.. seperti yang asal. Tapi ada la sedikit kesan marking dan kecacatan minimum.

Saya copy enam unit saja setakat ni..
0111.664.6660


Tuesday 18 November 2014

Dunlop Trolley Compressor

Beli dah nam bulan dulu tapi kemarin baru pi amik tang Amcorp. Buleh tahan besax jugak la pam ni.





Sunday 16 November 2014

Gas Pump Nozzle

Kalo orang tanya, aku bukan la orang secara langsung terlibat dengan minyak dan petrol. Secara kebetulan kerja harian terlibat dengan pigging dan tool tool berkaitan inspection paip minyak.

Cuma  minat terhadap mesin petrol agak lebih berbanding koleksi benda lain. Tapi sama ada nozzle ni senang cari atau tak aku kurang pasti.. Kalo tanya geng2 repair pam mungkin buleh jumpa lubang kot.

Ni contah nozzle pam yang baru tetapi mechanically lama... Aku beli di Balikpapan dalam setahun lebih dulu. IDR 400, 000 lebih korang. Kedai tu rasanya joi mahai juga pada barangan tertentu. Roughly rm120 la ikut rate time tu.












Ni contoh yang lama... cakok la tang mana buleh ikut design. Gamax pinjam tenet.


Minyak 2T Esso

Pada firasat saya, setiap tin minyak 80an keluaran tempatan stabil pada harga rm30 ke rm35 setin buat masa ini. Tin masih penuh berisi satu liter minyak 2T atau 4T. Pemerhatian saya tentang kestabilan ini sejak empat lima tahun lalu. Bagi runner dan hunter sekalian, anda masih bisa temui item item ini pada harga asal (rm5 - rm9) di kedai kedai lama. Jika rezeki lebih, boleh jadi sang taukey sap sap sui diskaun bulk buy.

Tapi bila orang joi harga rm70 satu jangan la marah. Buleh jadi dia dapat pun dah mahai...

Contoh... Minyak 2T Esso...






Saturday 15 November 2014

Copal Alarm Clock

Copal. Japan made jam yang agak stylo. Cuma alarm saya yang tak brapa best didengar. Beli dalam dua tahun lepaih pada harga rm120 kalo tak salah. Pakai elektrik.