Antara koleksi yang aku beri perhatian adalah peralatan dan mesin dulu kala yang pernah dicipta dan digunakan oleh orang melayu kita. Mesin padi ini termasuk diantara alat yang menjadi buruan aku.
Aku orang melayu maka mempelajari sejarah dan mengenali teknologi lama adalah sesuatu yang harus bagiku. Taktau la pasaipa minat ke alat melayu tiba tiba mai sejak umur kian menghampiri angka 40.
Berbalik kepada mesin tadi.
Mesin ini tidaklah sempurna semasa aku berjaya memilikinya. Tong padi yang berbentuk piramid terbalik di bahagian atas sudah tiada. Namun ia tidak menjadikan mesin ini tidak berfungsi. Cuma hilang sifat saja. Bahagian ini masih boleh dicari. Kalau payah2 sangat masih dibikin semula.
Padi yang telah selesai ditumbuk yang masih bercampur dengan kulit akan dimasukkan melalui piramid terbalik tu. Kemudian kipas akan dihidupkan secara manual. Yaani pusin dengan tangan lah jawabnya. Angin yang melalui bahagian bawah menyedut beras dan sekam kebawah lantas mengasingkan antara beras dan kulit dek perbezaan berat. Padi jatuh kebawah ke lubang/kotak pengasingan manakala hampas yang lebih ringan terbang ke kotak sebelahnya..
Keseluruhan mesin ni masih kukuh. Tak soyang walaupun tanpa paku buatannya. (Namum ada paku kesan repair)
Bawah ni orang punyer... complete!