Wednesday, 5 September 2018

Bendera Kerajaan Srivijaya

Bendera Kerajaan maritim Srivijaya. Barang dah tak dak dah. Oleh yang demikian, saya seperti biasa buat la satu replika bendera ni..













Sebagai maklumat, Kerajaan Melayu Srivijaya dipercayai bertapak seawal kurun ke 7 masehi atau lebih awal.

Tuesday, 28 August 2018

Peluang Kerja, DoReMi

Sign 'Peluang Kerja' ni pada mulanya sekadar suka suka saya berkarya. Dilukis di atas kayu lama. Ada lebihan papan almari lama, saya lukis lah... Nak bertukang, kekurangan alatan la pulak masa tu..

Alhamdulillah ada peminat juga.. Saya dah siapkan 5 keping. Boleh jadi kena buat lagi..

Tiada royalti buat bakat bakat yang menjayakan sketsa ini. Oleh yang demikian, saya pohon kepada pembeli pembeli sign ini dari saya supaya menghadiahkan Al Fatihah kepada mereka. Al Fatihah..



Sign asal; dari filem DoReMi.

Friday, 3 August 2018

Bendera Lama Kedah

Bendera Lama kerajaan Kedah digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Bendera ini diturunkan Siam pada tahun 1831 di Kota Kuala Kedah berikutan kekalahan Kedah di dalam perang pada tahun berkenaan.

Bendera Merah Harimau Melompat; itulah ia dikenali.

Walau bagaimanapun, bendera di bawah adalah sekadar gubahan saya saja. Adaptasi dari sumber yang terhad. Saya belum berjumpa dengan bendera yang asal yang lebih terperinci grafiknya... Mohon jangan dijadikan rujukan ilmiah dengan gubahan saya ni.







Tuesday, 17 July 2018

Jata Lama

Asalnya cuma nak cuba lukis lukis atas canvas, tumpang tengah rasa lapang sikit malam tu..










Monday, 16 July 2018

Jata Lama 1895 - 1946










Mulanya cuma nak suka suka lukis atas kain seluar jeans lama yang dibeli tahun lepas. Latar belakang masih hitam. Kemudian... Apa kata try cat biru muda tengok, lagu mana nak jadi..

Lepas tu, macam menjadi pulak komposisi warna ni walaupun tak dirancang. 4, 5 hari siap dan ditinggalkan beberapa hari.

Pagi tu pulak hujan turun... Tak keluar ke mana mana. Saya jalan keliling rumah dan ternampak longgokan kayu almari lama yang terbiar... Terdetik nak buat papan latar untuk Jata ni..

Tup tup.. merjadi jugak la walau tak dirancang betui.. Buleh la...

Digantung sebagai hiasan rumah akhirnya.








Monday, 28 May 2018

Jata Lama

Berukuran lebih kurang 4 kaki lebar saya kutip semasa hunting bersama squad Slonkotip Alor Setar. Sayangnya checkered board sebagai alas utama dah rapuh dan serpihan ada yang hilang sikit. Kepingan jata pun dah berselerak jadinya. Tapi pada pandangan mata saya jata ini adalah 'sesuatu' dan ada nilai. Wajib untuk diselamatkan saya dok pikiax.

Masa bawak turun dari loteng dah beberapa kali patah. Tapi saya gagahkan juga bawak balik rumah. Socket dan wiring masih ada. Nak kena full overhaul mat saleh kata. Buat masa ni, takdak lagi slot yang sesuai untuk baikpulih jata ni. Nak kena ikut mood jugak. Tunggu na..




Koleksi Petroliana

Antara koleksi petrol yang menarik untuk dibuat perhiasan. Bukan saya punya na... Taukey Shell Alor Setar punya. Masa nak isi minyak hari tu saya terserempak dengan koleksi terbaik ini. Walaupun bukan barang lama tapi taukey ini punya citarasa...




Tong Duit Lama

Tong duit Milo atau cash register pesyen lama. Masa saya kecik2 dulu tahun 80an menang biasa digunakan di kedai2 runcit. Antara barang2 ong yang jarang taukey cina nak jual.

Dulu pernah ada beberapa jenama. Tapi saya joi semua sebab tumpu pada koleksi minyak. Ni baru ada kesedaran nak kumpoi balik.



Tin Nostalgia










Antara tin yang berkeadaan sangat baik semasa ditemui. Dalam ada tin ada tin ada tin lagi. Sebab tu la lawa.

Dapat di Bukit Pinang tshun lepas masa perobohan kedai2 lama di situ.

Saturday, 31 March 2018

Lukis Atas Jacket

Mulanya macam takdak apa nak buat. Teringat balik jeket lusuh yang saya beli tak lama dulu. Memang dah rancang nak lukis menandangkan saya tak dapat nak joi jeket ni online. Bawak pi pasar karat pun org tak perasaan. Byk sangat baju bundle orang dok joi.

Tak payah pikiax panjang, sign Wakefield dok tergantung depan mata. Cuma tiru saja kalo nak. Tapi ingat, cari design lain la.. maka saya pilih logo bulat. Jarang jumpa yang lagu ni. Last week pun ternampak Tam Spider pakai t-shirt like photo ni malam tu dalam TV.