Enamel sign ini juga berpasang. Satu aku beli di Amcorp satu lagi di Alor Setar. Sign Cargoyle ni sekiranya original merupakan barang champion juga. Berukuan 16" panjang. Boleh terjual di ebay melebihi USD250. Datang dalam pelbagai bentuk yang seiras tapi tak sama kalau perati betui betui.
Sign yang aku simpan ni aku percaya bukanlah yang asli, namun pembuatanya masih memalui proses enamelling yang sama. Tapi kualiti wordingnya kurang memuaskan, Sekadar suka suka buleh la. Kemungkinan besar barang dari India. Hasil selidik tak rasmi, paling murah boleh dibeli pada RM120 dari seller yang bertaraf kawan kawan. Kalau bukan kawan kalu harga buka biasanya dalam lingkungan RM300. Ada jugak yang bukak harga melebihi RM500. Jadi kalau nak beli jangan la terlalu ikut harga easy.my tu yah!
Sign Shell Sold Here ni berkemungkinan besar dibuat sekitar 20an. Sign ini mengiklankan 2-gallon can yang merupakan cara penjualan terbaik ketika itu. Motor spirit ditinkan oleh pengeluar akan diedarkan kepada umum melalui perkhidmatan keretapi, kereta kuda dan yang tercanggih ketika itu adalah truck oldskool berbody kayu! wuhhuuuu... 2-gallon can ini dijual di garage garang private yang ditumpang-sewa oleh pengeluar/pembekal. Sign Sold Here pun dipasang pada dinding garage garage tersebut dengan kominyen pengiklanan diberi.
Sign ini kalau megikut csi yang aku buat, sepatutnya berukuran 4'x2.5'. Kebanyakannya taktau la awat yang putus di sebelah kiri. Kedua dua sign ni bahagian kiri dah ilang. Pernah aku ketemu sign sama yang mengiklankan logo kerang turut ilang bahagian kiri.
Sign pertama seperti (atas) aku beli pada harga RM120 selepas 50-50 mau beli dek keadaan yang sangat uzur dan terpotong sedikit di kanan bawah. Tapi lepas tu kena bikin balik la seadanya...
Sign kedua (kat bawah) kalau hampa bisa nampak... tu tertera harga bukak dia kat situ... Segan pulak nak tanya bila harga dah mencanak cam tu... Nasib baik aku tanya jugak! So dapat la sepersepuluh harga asal. In case aku nak jual kesemua koleksi aku nanti, jangan hampa dok refer harga ni! Aku ada format harga aku sendiri kalau nak jual!
No comments:
Post a Comment