Friday, 2 November 2012

Setboard; kami panggil dia dulu..

Aku edit setakat mana termampu saja lah sampai jadi seperti gambar kat bawah ni. Setboard..! Itu la nama yang dipanggil oleh kami semua dulu dulu masa ramai ramai di kampung. Kampung Baru KKM, Kedah. Aku tak ingat apa yang sebenar berlaku. Yang pasti penduduk satu kampung rela atau tidak rela perlu berpindah kerana kawasan tersebut di beli kerajaan; zaman Paklah memerintah. Maka berakhirnya sampan di kota...

Rumah lama tersebut masih menyimpan beberapa perabot lama akhirnya perlu dirobohkan. Kayu kayu yang masih elok diambil dan dipakai kembali. Tapi aku tak berapa tau apa dah jadi dengan setboard ni. Mungkin ditinggalkan saja. Walau pun dah usang, kayu lusuh ni dulu menjadi tempat aku simpan segala barang mak nenek. Dari pensel, plastesin, gasing, tudung menet, ikan semilai, gila gila, dan segala benda lagi....

Aku sedang mencari kalau ada sesiapa yang ada dan seiras in case nak dijual. Bahagian atas iaitu cermin kalau takdak pun takpa. By the way, benda ni dikenali dengan panggilan roll-top-desk di internet. tqvm Haji Musa.



























Edit dari gambar asal ni.



No comments:

Post a Comment