Sekadar verbal info aku menggoogle kot kot ada seiras seperti yang diceritakan. Terdapat beberapa variasi enamel teh ini sebenarnya. Dan wordings juga terdapat sedikit kelainan. Antara yang aku sharp shoot... mengena seiras sekali klik adalah gambar pertama nih. Cuma perbezaan pada feature tin teh yang dipromot manakala the other sign dibubuh gambar cawan.
.
.
Sign yang terpampang di internet rata rata bersaiz 20x30 inch manakala yang lebih besar bersaiz 3' lebar. Terdapat juga yang bersaiz lebih kecil hanya beberapa inch tinggi dan 1.5' panjang.
Tapi yang ni..... wuhhooo jackpot (syox sindri..)
.
.
Sekiranya sign ini dari jenama Lipton dan bersaiz sama value mungkin melangkaui RM4k. Hasil soal siasat tak rasmi la. Tapi yang ni Brooke Bond... nak memandai pun tak best la jugak kan! Walau bagaimana pun soal market price tak perlu la diambil pusing. Permainan barang cenggini tidak ada formula yang boleh dipakai secara general. Ada sign yang diishtiharkan beribu ribu mungkin juga terjual pada beberapa ratus ringgit. Pernah aku membeli satu sign pada harga sepersepuluh harga asal. Asalkan rezeki itulah harganya, itulah pemilik baru yang empunya.. Beli tak beli? Beli tak beli? Jual tak jual? Jual tak jual?
... bersiaran dari Balikpapan kota beriman.
No comments:
Post a Comment