Friday, 22 February 2013

Rado Diastar

Semasa aku jalan jalan di Bandung secara kebetulan sorang member call dan pesan kalau kalau terjumpa jam lama di sana. Belilah jam Rado vintage ataupun Swiss brand untuk buat modal. Maka pada hari pertama aku jumpa bermacam macam jam lama. Belilah aku tiga utas jam Rado pada hari tu. Aku tak pasti adakah jam ni yang dia mau. Kalu takmau pun takpa sebab aku pun berkenan jugak. Dapatlah aku miliki Fortis, Rado Silver Sabre dan Rado pabenda tah...

Untuk makluman, aku kurang arif tentang jam lama buat masa ini. Maka untuk belajar, aku rasa denagn memiliki, pakai dan baraikan mana yang buleh adalah salah satu proses pembelajaran. (bersambung..)

Tapi aku nak tunjuk sepasang jam Rado yang dikatan original dan yang aku rasa tak original... Nindia the Diastar. Memang aku tak berapa pasti originality jam ni. Tapi setelah siasat, aku tengok enjin ETA 2789. Bab bab lain aku takmau sentuh lah. Tulisan Rado di mana mana luar dalam.







 
 
 
Tanyalah aku ke tukang tukang jam terdekat. Satu pelajaran yang depa bagitau; 'enjin original memang tak ngam kalau masuk casing tak original'. Ciri lain aku tak berapa mau tulis lagi tunggu lah bila dah pandai bab jam nih. 















 




















Manakala yang ni pulak aku yakin adalah yang ciplak. Aku beli jugak jam ni walau bagaimana pun. Namun banyak kali pandang memang nampak macam original. Aku pakai beberapa hari dan dapati enjin dia masih bagus dan berjalan lancar. Kena tilik atas bawah barulah boleh tau originality dia.

No comments:

Post a Comment