Friday, 18 October 2013

Kaki Mesin Jahit Singer 1940an

Oleh kerana meja dah dapat, mesin pun dah dapat maka dalam masa proses membaikpulih mesin tu maka sempatlah aku bersuara berkehendakan kaki labah labah. Mula mula di kedai Pak Tohir. Kemudian di kedai repair mesin jahit belakang kedai jamu.

Beberapa hari kemudian terjumpa aku akan enam set kaki labah labah. Maka aku rembat satu yang complete dan bawa balik ke rumah supaya sebuah mesin jahit dapat dilengkapkan dan dapatlah kami cuba cuba menjahit pakaian. Alhamdulillah matlamat tercapai. Mesin telah complete dan beberapa helai baju pun dah siap.

Beberapa hari kemudian lagi, tukang mesin yang satu lagi turut offer satu lagi kaki labah. Wah, ini set yang sangat cun dan complete. Terus aku confirm, beli dan bawa balik kemudian hari.

Malang tidak berbau... masa aku buka boot, terjatuhlah kaki labah labah 1940an itu dan on the spot berderai patah... Wuhhuuuuu...

Nampak dak perbezaan antara model 30an dan model 40an?





No comments:

Post a Comment