Friday, 18 April 2014

Peti Besi - Empire Safe Company, Birmingham











Peti besi ini aku beli dalam bulan March 2013. Di beli dari seorang taukey kedai kopitiam di Pekan Cina Alor Setar. Hasil info dari seorang kawan, aku bayax sikit deposit dan akhirnya aku angkut bawa balik peti ni ke rumah.

Peti besi sebegini memerlukan empat orang untuk mengangkatnya. Ya empat orang yang sangat kuat tenaga mereka diperlukan. Andainya tak cukup korum, makna kata diperlukan sedikit creativiti untuk mengangkat. Nasib baik time aku dulu, kedai tu sedikit tinggi dari jalan. So aku tarik dan tolak masuk peti ni di atas kayu ke dalam 4x4 tu; beralaskan sebatang tiang  kayu yang agak tebal. Dua orang punya tenaga. Bengkot tulang belakang kami. Terima kasih akak Yus!

Haha.. Time di rumah pula... aku sorang2. So aku alaskan rumput dan daun daun yang kebetulan ada di halaman rumah. Apa lagi surong pelan pelan maka ia jatuh la ke bawah.

Dua jam jugak la nak selesaikan kerja kerja restore kat depan rumah. Maka sempat la aku siapkan sebelum matahari meninggi..

Berikut adalah gambar sebelum dan selepas light restoration. Kikih mana yang patut dan sembox cat itam dua tin. Eh... lupa nak habax... aku sembox jugak rust stopper kat area yang diperlukan sebelum tu.

Sekian






 -----------------------------------------------------------


Dulu tang ni la tokey tu simpan....
Tersembunyi dalam bilik rohsia di bawah tangga.



No comments:

Post a Comment