Friday 29 August 2014

Naik Turun Naik Turun - Cawan Kopitiam Lacovo











. Tiga tahun dulu aku pernah beli rm 550 untuk 6 bijik.
. Beberapa bulan kemudian aku jumpa orang bukak harga rm 350 sepasang cawan dan piringnya.
. Walhal di tempat yang sama ada beberapa pasang yang berlabel rm 90 sepasang.
. Aku juga pernah beli bulk buy rm 580 untuk 20 pasang set ini... termasuk pos dari selatan tanahair.
. Terbaru, pada tahun ini juga, aku jumpa lagi orang juai rm 90 sepasang.

Kesimpulannya, Lacovo ini boleh la dianggarkan bernilai rm 80 ke rm 100 pada ketika ini. Boleh jadi naik harga boleh jadi turun harga mengikut keadaan ketika itu.

In case kalian nak beberapa pasang, gwe mau tawarin rm 90 untuk sepasang set kopitian Lacovo.

Sekian iklan malam ini.
0111.664.6660

Saturday 9 August 2014

Volvo 165 Jadian V2.0

Baru kini aku dapt update perjalanan conversion bobo ni. Niat di hati nak jadikan versi Volvo 165 dan perjalanan sudah separuh jalan. Muka dari donor 164 sudah berjaya dipadankan. Cuma nak rapikan lagi fitting dan gap antara panel yang ada..

Rim Boyds Coddington pun dah masuk. Tapi tu la. Set depan pcd 126 manakala belakang 120. Tu la pasai buat spacer gelojoh sgt...

Bobo ni agak terhoyong hayang sikit. Siasatan awai ada yg kata sebab tong ngv yang agak berat. Spring pun buleh jadi lembut sebab tong berat ni...

Dan... lampu nak bagi nyala dulu sebelum buleh isra'. Setakat la ni camni la keadaan dia.

Terima kasih kepada SHAHZAN Metalworks Sungai Buloh.

V1.0 - Peringkat mola mola idea dulu. Link





Double Ace Double Signs

Enamel sign Double Ace ni dah dua tahun aku perolehi dulu dan baru kini dapat aku bawa balik ke rumah. Sedikit hari nanti mungkin aku lepaskan jua.

Seperti sebelum ini, seperti menjadi trend, bila dapat satu sign, kembarnya akan muncul menggamit poket.

Kondisi tak brapa cemerlang tapi buleh juga jadi azimat emas karat. Biasanya orang mengenali emas kunin yg valuenya sentiasa naik gradually. Emas hitam pun sama juga tetap naik. Emas putih lain sikit... dan kini emas karat yang sentiasa naik mencanak bagi mereka yang faham permainannya.