Showing posts with label enamel signs. Show all posts
Showing posts with label enamel signs. Show all posts

Saturday, 21 January 2017

Koleksi Sign Petroliana; Esso dan Wakefield Castrol

Beberapa keping enamel sign yang masih gah tergantung di dinding. Kena harga, saya jual... tak kena harga pun kadang kadang terpaksa jual jugak demi kelangsungan hidup.

Yang besar 30"x20". Yang kecik 20"x16" lebih kurang.


Saturday, 21 May 2016

Pekan Orang Minyak, Kubang Rotan

Sejak pulang ke kampung halaman, ni baru nak mula melangkah lebih sikit. Mudah mudahan membuahkan hasil. Sebelum ni sekadar beroperasi dari rumah.

Berada di Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah Darulaman. Berhampiran lot lot kedai kereta, tayar, bengkel moto, dua stesen minyak kecik. Maka sesuailah saya namakan kawasan ini Pekan Orang Minyak. Tambahan pula saya sangat meminati koleksi minyak, pertoliana.

Operasi lebih tertumpu kepada jual beli barang lama, lukisan bidai kayu, perabot lama dan barang barang motosikal.

011.32666654
Mus, Pakwa Niaga







Wednesday, 16 March 2016

Shell: British Imperial Oil Co Ltd

Lebih kurang lima tahun lalu dibeli dari ebay dan nampak gaya seminggu lagi akan dimiliki oleh orang lain jugak. Ayam dah joi, tin pun joi jugak.. Joi joi joi..

Sign dari Australia..



Shell Asiatic Cap Ayam

[Sold]

Akhirnya harus paksa-jual juga sign ni setelah enam tahun simpan. It's a local percalain sign. Memang koleksi Shell sangat diminati ramai. Geng geng siam pun mai cari dari negara kita.

Sign ni memang ingat nk simpan bersama koleksi Shell yang lain. Tapi nak buat lagu mana.... joi pun joi lah...

Pernah ada dua bijik. Yang satu lagi dah joi pada ketua orang minyak utara. Kondisi kurang cun dari yang ni.




Monday, 18 January 2016

Jual jual jual. Simpan yang Baguih Saja

Beberapa tahun dahulu, sekitar tahun 2009/2010 saya telah memiliki beberapa biji sign. Namun, bukanlah enamel sign, sekadar tin sign minyak cap kapak dan beberapa biji tin toys yang tak cukup sifat. Dalam tahun tahun tersebut juga saya ligat di ebay dan di beberapa web luar mencari info tentang collectibles. Semua nak balun aihhh..

Beberapa tahun kemudian barulah saya lebih fokus pada koleksi minyak... ahhha.. koleksi orang minyak. Koleksi lain yg buleh membenihkan koleksi parasite saya dah mula jual. Sign rokok semua nak dijual, open for any inquiry anytime bebeh.. Koleksi tin pun yang mana ada lebih, akan dijoi juga. Telefon, kerih, mesin jait, sign bengal, radio lama, lampu hiasan, buku buku, koleksi mak bonda dll semua terbuka untuk jualan. Banyak yg dah terjual beberapa bulan dulu sejak sy berniaga di Anger Mall, Shah Alam.

Koleksi orang minyak ada la sikit yg dijual atau swap. Sebijik dua pam pam kecik buleh la lg nk dilepaskan..

Sekian coretan malam buta..


Wednesday, 23 December 2015

Tengah Susun Shell Corner Sat..

Dah pindah balik ke Kedah finally. Maka dapat la saya gantung dan tebuk dinding rumah. Selama ni tak brapa nk tebuk rumah orang selama menetap di Klang Valley sejak tahun 95 lagi.

Sekepin gambax di sudut Shell. Molanya cuma nak letak sat saja, nanti nanti baru nak susun lain. Tapi nampak gaya bubuh situ teruh la. Cik Avery Hardoll pun dah ada kepala balik, tapi belun buleh menyala lg.. tgu sat na, tgu tnb mai pasang api dulu.

Sekian coretan hari ni..


Wednesday, 28 October 2015

Sign Michelin dan Dunlop

Untuk rekod saya saja.. sign sign ni dah selamat meluncur ke Ipoh last week.

Terima kasih pembeli bertuah..



Saturday, 20 June 2015

...akhirnya aku kikih sign ni!










Molanya nak buat properly. Tapi tu la... ada mood baru buat. Takdak mood tak buat. Maka di pagi Ramadan hari yang ketiga ni tiba tiba rasa macam nak buat sesuatu. Paint remover tak beli lagi. Aku try dengan ospho, tapi tak lut. Ternampak pulak gunting tepi pintu... maka kikih adalah jalan terbaik. Tak payah pi kedai, tak payah pi atm, tak payah pi beli papa.

Aku start kikih sikit sikit. Macam ok jadinya. Tapi kena pelan pelan sebab dia buleh bagi lekat bekaih. Tapi takpa... bekaih tu berpotensi hilang jua kelak. Aku teruih kikih sampai habih. Tapi kan... bahagian yang berkarat agak sukar. Tambahan pulak dia dah hubuh simen sepalit. Tang kawasan tu keraih sikit. So next time aku sambung balik.

Maka keluar balik seni retak yang menjadi trademark porcelain sign... ni yang aku mau; seni yang hilang dek restorasi dulu.





Friday, 5 June 2015

Gold Flake Enamel Sign

Antara enamel sign common di kalangan kolektor2 di Malaysia. Tidak rare dan tak senang juga dijumpai. Oleh kerana brand rokok, maka ia termasuk dalam senarai untuk dijual.

Brapa nak letak tatau? Errr.. dalam rm500 ke rm1000 lah rasanya..

Telfon gwe 011.32666654, Kg Melayu Subang.


Wednesday, 3 June 2015

Sign Bulat Shell









Posting saya sejak akhir akhir ni tak banyak disertakan dengan info dan salasilah... Malaih nak tulih dan cari maklumat tersebut. Alkisahnya saya lebih banyak guna hp dari pc. Makanya susah nk taip.

Termasuk la sign ni... Enamel sign Shell berukuran 48". Buleh jadi sign ni pernah tergantung tang tiang bengkok tu, trademark Shell tiang bengkok (tiang arch separa)

Nak joi ka nak simpan tatau?


Tuesday, 26 May 2015

Gargoyle Enamel Sign

Buleh la lagu ni walaupun dah kena balaih cat selapih dua.. Orang tu nak touch up punya pasai...


Sunday, 19 April 2015

Esso Sign

Buleh pulak sepasang lagi enamel sign tengahari tadi di Armcorp Mall. Ben bawak dari Penang, aku ternampak teruih pi risik..

Buleh la nak buak koleksi memandangkan sign ni jenih enamel dan Esso pulak sudah tak ujud lagi di Malaysia. Sign tak brapa menarik perhatian akceli.. tapi kondisi terbaik, printed depan blakang.

Nak joi ka tak joi?


Saturday, 28 March 2015

Pameran Projek Orang Minyak

Selangor Vintage Festival
Anggerik Mall : 29 Mac 2015

Ni kira first time aku ikut join pameran camni. Biasanya jadi pelawat saja. Mlm tadi bungkuih semua masuk bobo baru cat tu.

Mood santai, aku drive sekeluarga bersiar siar area Anggerik Mall dan kompleks PKNS. Lepak sana sat, situ sat habiskan masa. Sembang sat dgn penganjur. Pukoi empat petang aku mola susun seadanya.. buley la.. Geng geng lain tak mai lg. Maknanya aku setup sorang2 la.. Sebelum gelap menjelma aku kena balik dah sbb sumpahan bobo belum abih. Haha... mood lampu tak nyala dan takdan nak pi pebetui..

Isuk pagi aku mai awai sikit..


Sunday, 15 March 2015

Shooting Tengahari

Rasanya macam nak join Vintage Fest ujung bulan ni. Anggerik Mall. Barang barang ada la sikit sikit. Cuma display set, rack dll takdak... lagu mana nak buat taktau? Takkan nak bubuh ataih lantai saja kot? Di rumah ada jugak pagax habuan nak gantung dan setting mana yang patut. Silap hari bulan tak jadi join gamaknya.

Lagi pun aku sangat jarang sertai mana2 sessi seperti ni. Kalau pi pun cuma sebagai pelawat usha usha cuci mata dan cari ilham...

Nak pi tak pi, nak pi tak pi...?




Wednesday, 3 December 2014

Socony Enamel Sign

Aku joi Bireley sign sebenarnya untuk habuan belanja mingguan. Maap.. terbabas bajet bulan ni. Tapi tiba tiba terserempak pulak dengan Socony ni kemarin. Pikiax punya pikiax, aku balaih jugak la..

Sebelum ni pernah dapat sign ni jugak tapi lain characternya. Size macam nak sama. Makanya aku dah punya dua Socony sign la ni.

Tapi mushkil juga samada Socony pernah dipasarkan di Malaya dulu. Socony adalah singkatan dari Standard Oil Co. New York. Depa ni bertukar nama beberapa kali. Laih sekali jadi Mobil. Socony, Standard Oil,Mobiloil, finally jadi Mobil. Pratt's, Esso, Exxon tu semua geng depa la tu.. Tak ingat pulak lagu mana salasilah untuk aku tulih dengan tepat malam ni.

Laih laih bungkuih semua... Mobil lenyap, Esso kena take over dan bertukar jenama ke Petron. Hebat wooo orang Malaysia buat reja ni...

Nindia photo yang aku dapat petang tadi. Barangnya belum tiba.


Sunday, 30 November 2014

Projek Orang Minyak

Idea untuk menulis dan mengeluarkan sebuah karya tentang koleksi koleksi nasional telah tercetus beberapa tahun lalu. Tak tahu la awat aku berminat sangat untuk menulis tentang oldskool dan vintage. Pernah suatu ketika dulu aku menulis untuk My Rides Magazine. Kebanyakannya dalam ruangan restorasi.

Namun bila masa berlalu, kecenderungan tentang kereta oldskool pun turut surut berlalu. Aku terjebak dengan barang barang lama especially signs dan mesin mesin lama. Mulanya nak tulis tentang local signage. Tetapi setelah selangkah menulis, cita cita itu tertunda dan aku menemui kebuntuan yang sangat lama. Sejak sebulan dua ini baru aku mula sambung kembali hikayat tersebut. Aku akhirnya kecilkan skop penulisan... yaani berkenaan barang barang minyak saja..

Belum ada judul untuk buku ini.. tapi aku dah bubuh title Orang Minyak buat buah mola.

Berkisar tentang sign, pam, tin, scene petroliana, automemorabilia, kisah suka duka para pemungut, restorasi dan lain lain. Telah aku contact beberapa sahabat orang minyak yang sudi berkerjasama menyumbang maklumat. Insyallah aku coba selesaikan ilham yang terbuku setakat ini..

Alamak... tak brani nak janji bila buleh siap..



Saturday, 25 October 2014

Berpasang Pasangan ver 2.0

Terdapat beberapa items yang pada mulanya aku punya satu dan kemudian tup tup menjadi dua. Macam cerita magic pun ada. Mana tak nya, benda yang jarang ditemui dan tak disangka sangka menjadi hak milik.

1. Suatu ketika dulu aku pernah membeli oval Gargoyle Mobiloil sign. Sekitar tahun 2009/2010 di Amcorp. Beberapa bulan kemudian dapat satu lagi di Kampung Berjaya.

2. Pernah aku membeli sebijik 50s fire extinguisher dari Kampar. Body rivet dan bukan jenis welded. Eh, beberapa minggu lepaih tu aku dapat sebijik lagi dari Cik Jamel. Setahun dua selepaih tu aku jual ke seorang kenalan fb dari Banting.

3. Tidak lama kemudian aku terbeli satu lot barang lama dari Pak Sheikh Mohd Nor. Bersama lot ni terdapat satu fire extinguisher bebentuk kon, rivet type jugak. Lepaih tu time turun ke Kampar, aku lajak pi Telok Anson dan bertemu satu lagi barang yang sama di sana. Aku pun sambar jua dan bawa balik.

4. Shell Sold Here sign buleh hampa check posting terdahulu. Satu aku beli dari Teh Amcorp, satu lagi dari Jonker Melaka. Size original 4' lebar. Yang menariknya dua dua sign ni sudah terpotong tapi mempunyai lebar yang sama juga walaupun terpotong satu di sana, satu di mana mana.

5. Pernah aku punyai sebijik Mazda 808 Coupe. Tapi oleh kerana harus berpindah ke Indonesia, aku joi pada sorang sahabat. Kini setelah dua tahun dan akhirnya pulang, ada pulak orang joi sebijik lagi model yang sama kat aku. Eh, sahabat ni pun mengintai ngintai kiranya aku mau melepaskan yang ini nanti..

6. Hikayat Merong Mahawangsa, versi garuda dah bertahun tahun aku dok tanya tanya.. Biasanya jawapannya hampa belaka. Tiba tiba pada tahun ini ada seseorang rela menjual tapi... alamak ada orang lain dah mengintai lebih awai. Nasib baik la special deal dengan dia, aku beroleh HMM jua dan dia dapat satu buku lain foc with pembelian. Selang seminggu selepaih tu ada lagi la pulak HMM yang lain. Aku dapat deal direct tampa ramai orang tau.

7. Dalam tahun 2010 aku pernah membeli sebijik peti ais coke dari kedai barang lusuh. Rm70 sebijik.... aku joi balik ke seseorang rm300. Buleh la.. Eh, seminggu lepas makcik aku nak bagi barang yang sama kat aku. Pernah suatu ketika dulu dia usahakan perniagaan runcit. Tapi kini dah bersara. Yang bestnya peti aih ni masih berfungsi..

Apa lagi ya.... banyak aih nak taip... pakai hp agak susah juga nak berkarya no..

8. Kaki labah labah Singer
9. Sepasang buku Shekh Siti Jenar
10. Sepasang copy of Shekh Siti Jenar
11. Sepasang Hikayat Hang Tuah jawi
12. Sepasang Hikayat Hang Tuah di tangga
13. Sepasang radio yang sama model
14. Sepasang termometer Pepsi
15. Sepasang pam Caltex dari model yang sama... lupa pulak exact brand
16. Sepasang pam Gilbarco
17. Sepasang sign Embassy 77
19. Sepasang sign Double Ace
20. Sepasang sign Pirelly beli dari Abang Mat Rani
21.....

Pasangan pasangan ini mempunyai cerita menarik tersendiri... best juga kalo dok syox syox sendiri teringat memori barang lama..