Showing posts with label auto memorabilia. Show all posts
Showing posts with label auto memorabilia. Show all posts

Tuesday, 29 August 2017

Old Esso 4 Liter

Esso 4 liter can

The gear oil is a sealed can, unopened and old stock item while Essofleet is empty. Both is for sale.



Saturday, 29 July 2017

Pedal Vespa 70an












Pedal vespa ni lagu mana nak cerita ek?

Ada la sebiji kedai hardware ni yg kadang2 sy suka singgah beli barang kecik2 seperti berus dan cat. Di sebelah dinding tu tersusun sebiji dua lampu gasolin. Bila ditanya, dia kata tokey tak jual barang2 lama tu... Dia simpan...

Setelah beberapa bulan sy singgah lagi. Eh.. ada pedal vespa pulak... Macam biasa jugak, dia bagitau boss tak joi. Dia suka2 simpan barang ni. Sy pun tunjuk la sekeping gambar lama sy masa kecik2 dulu. Gambar tahun tahun 1978 lagu tu la. Di sebuah kedai gambar di Alor Setar. Kedai tang mana, sy taktau. Kebetulan vespa tu memang jenis yg sama.. apa lagi, sembang panjang la kami tang tu.. apa pun, balik tangan kosong jugak la..

Selepas lima nam bulan, sj pi singgah tanya khabar lagi.. sy tunjuk lg sekali gambar lama. Kecek punya kecek, dapat juga boss nombot dua tu call taukey dia. Dia mintak saya offer satu harga.  Macam biasa la... Nak tanya anak sat, dia habax balik. Nnti dia call sari dua nanti .. ada perkembangan positif nih.. rupanya bos nombot dua tu dah indirectly ayat bos dia... Buat apa simpan, tara guna biax berabuk lagu tu saja.. itu abang sudah suka, bagi dia saja.. kena harga you let go la.. lagipun dah ramai orang dok mai tanya.. penin pala nk jawab..

Next two days, masa otw pi hunting Perlis, dapat satu call. "Ok bang sy buleh bg kat abang vespa kecik tu.. rmxxxx.xx sy sedia joi. Ujong bulan abang update saya blk, sy bagi tempoh takat tu sj."

Dipendekkan cerita, selepas pat lima hari, saya dapat rezki sikit, saya pi ambik vespa kecik tu bawak balik rumah, lock ketat ketat...

Sekian coretan hari ni.





Friday, 23 June 2017

Tuesday, 24 January 2017

Official Shell Collectibles 2016

Promo barangan Shell ini sepatutnya tamat pada hujung bulan Oktober lalu. Namun ia dilanjutkan sehingga hujung tahun 2016.

Ada beberapa set tin Shell untuk dilepaskan pada pengumpul pengumpul barangan Shell. Official Shell merchandise untuk pengumpul Shell tegar.

Tiga biji tin ini diniagakan pada harga rm99 sahaja.
011.32666654




Saturday, 21 January 2017

Koleksi Sign Petroliana; Esso dan Wakefield Castrol

Beberapa keping enamel sign yang masih gah tergantung di dinding. Kena harga, saya jual... tak kena harga pun kadang kadang terpaksa jual jugak demi kelangsungan hidup.

Yang besar 30"x20". Yang kecik 20"x16" lebih kurang.


Thursday, 29 September 2016

Koleksi Shell 125 Tahun

Promosi Shell 125 tahun sedang berlangsung ketika ini. Anda perlu membeli minyak pelincir Shell bagi melayakkan anda membeli atau menerima koleksi Petroliana Shell.

Kalau pandai sembang, dapat la beli cenderahati ini tanpa syarat. Koleksi ini berpotensi menjadi collector's item kelak pada harga yang lebih tinggi.





Saturday, 21 May 2016

Pekan Orang Minyak, Kubang Rotan

Sejak pulang ke kampung halaman, ni baru nak mula melangkah lebih sikit. Mudah mudahan membuahkan hasil. Sebelum ni sekadar beroperasi dari rumah.

Berada di Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah Darulaman. Berhampiran lot lot kedai kereta, tayar, bengkel moto, dua stesen minyak kecik. Maka sesuailah saya namakan kawasan ini Pekan Orang Minyak. Tambahan pula saya sangat meminati koleksi minyak, pertoliana.

Operasi lebih tertumpu kepada jual beli barang lama, lukisan bidai kayu, perabot lama dan barang barang motosikal.

011.32666654
Mus, Pakwa Niaga







Thursday, 7 April 2016

Shell Collection

Sebulan dua ni dah tiga keping sign Shell saya jual. Paksa-jual sebenarnya demi kelangsungan hidup. Dua keping Shell cap ayam. Asiatic Pertoleum. Dan sebijik Shell Motor Spirit dr Australia. Maka berkurang la sign Shell dalam simpanan.

Tapi nasib baik la ada satu lagi sign bulat ni. Bawak turun yang pat segi, bawak naik yang bulat. Si bulat tu kalau tak salah saya beli bulan tujuh tahun lepaih, baru Ahad lepaih dapat bawak balik mai.

Terima kasih tuan penjual, Roy Ipoh.
Jasamu dikenang.


Wednesday, 16 March 2016

Shell Asiatic Cap Ayam

[Sold]

Akhirnya harus paksa-jual juga sign ni setelah enam tahun simpan. It's a local percalain sign. Memang koleksi Shell sangat diminati ramai. Geng geng siam pun mai cari dari negara kita.

Sign ni memang ingat nk simpan bersama koleksi Shell yang lain. Tapi nak buat lagu mana.... joi pun joi lah...

Pernah ada dua bijik. Yang satu lagi dah joi pada ketua orang minyak utara. Kondisi kurang cun dari yang ni.




Wednesday, 24 February 2016

Nak Kecek Teko Castrol Ni...

Malaysian Made Castrol Spout

Tak tau la dia nak bagi ka dak teko ni.. Jejaka ensem dari Melaka ni rajin dok mai hunting belah sini.. abih semua sat lagi khazanah di Alox Setax kota BMX..

Photo:
R.C Collection


Wednesday, 17 February 2016

Canvas Esso tang BB Park!

Dalam pukul 10:00 pagi kita jumpa kat Aminres, terus shoot mengkala ke Guax Chempedak. Riz bawa van pelan pelan time tu. Pok Yus dok depan, aku dok ataih lantai van di belakang. Lepaih simpang pat Simpang Kola tup tup terpandang pulak sign canvas lusoh tepi bengkel reta... uuuppphh dah terlajak la pulak. Dengan pantas undox balik pi depan bengkel tu.

Ngam ngam tokey pun dok sembang dengan customer dia tang tu.... apa lagi...

Dia ingat kami nak beli body lori tepi belukax tu... dan dia memang takmo joi yang tu.. aku bagi tau nk beli canvas Esso tu.. "... brapa mau?" Dia tanya.

Aku offer harga tak tinggi tak morah jg. Bukan harga scrap pun... teruih dia on. Aku mintak pisau dari dia... dengan pantas potong dan bergegas ke destinasi seterusnya.


Monday, 2 November 2015

..berniaga di Wood & Steel Subang U3

31 oktober dan 1 november

Sekali sekala ubah selera sikit. Ada kelebihan dan kekurangan juga.. biasanya di Anger Mall buleh santai rilek rilek, dah kenai regular customer dll. Kali ni, tempat baru, event pun sekali sekala.. dan belum tau barang apa yg buleh dijual. Salah bawa barang, naya..

Tapi di tempat baru dapat jumpa orang baru, customer baru, mat saleh, artis, mcm ragam dok ada... barang kategori lain sikit, suasana juga lain...

Petang tu ujan melanda... booth runtuh.. tp takpa la.. pengalaman baru.




Wednesday, 28 October 2015

Sign Michelin dan Dunlop

Untuk rekod saya saja.. sign sign ni dah selamat meluncur ke Ipoh last week.

Terima kasih pembeli bertuah..



Tin Castrol Lama









Ramai juga yg tanya secara tak langsung brapa harga tin minyak keluaran lama ni. Saya pun jadi payah nak jawab sebab tiada harga tertentu. Tin minyak bukan macam permainan duit lama.

Saya pun dalam dilema juga... nak jual sayang, nak beli macam tak berlaloi juga kalo harga agak tinggi. Tapi kena faham juga kerana benda ni pelan pelan surut..

Tin Castrol macam ni pernah saya beli pada harga rm30, tin memang cun. Pat lima tahun dulu.. pernah juga sy beli rm90 tapi tak cun sangat. Harga macam tu buleh lagi kita dapat sekiranya direct dari orang tua atau runner. Kedai scrap buleh lg morah la. Kalo dari kedai antik atau kolektor, biasanya lebih dari rm100 sebijik, tak kira size kecik atau besax. Kalo jumpa kat event, harga bukak dah rm300 satu.. ini berdasarkan pengalaman saya dok pi tanya penjuai2 tin minyak. Harga main petik saja... maka pandai2 la berlakon buat2 bodo taktau apa2 bila merisik.

Tin cacat pun orang letak rm50-rm60 sebijik la ni..

Tin di bawah ni tin cacat. Bila org minta nk beli sy pun taktau nk jawab, maka lebih baik saya simpan sj lah..



Friday, 18 September 2015

tentang Vespa ...sculpture kot!

Taktau nak bagi nama apa benda ni. Ilham asal sekadar wall decor item. Hasil usahasama Pakwa & Co di Sungai Buluh. Item telah terjual.

Vespa addic item. KKK concept. Kayu, keluli kimpal, karat dan kolourful.



Thursday, 16 July 2015