Thursday 26 October 2017

Shell 2-Gallon Can

Tak ada berita baik, tak ada barang menarik sejak akhir akhir ni.

Saja ja nak tunjuk minor restoration tin Shell ni. Kepunyaan seorang kenalan di Kuala Nerang. Cuma guna gam epoxy dari kedai Eco dan secebis plate besi... Sekian.







Friday 1 September 2017

Kuku Kambing Tua

Sepasang kuku kambing lama di atas kayu lama yang diberi sentuhan cat contiang contiang... Saya bikin time free free. Rm250

011.32666654


Saturday 29 July 2017

Pedal Vespa 70an












Pedal vespa ni lagu mana nak cerita ek?

Ada la sebiji kedai hardware ni yg kadang2 sy suka singgah beli barang kecik2 seperti berus dan cat. Di sebelah dinding tu tersusun sebiji dua lampu gasolin. Bila ditanya, dia kata tokey tak jual barang2 lama tu... Dia simpan...

Setelah beberapa bulan sy singgah lagi. Eh.. ada pedal vespa pulak... Macam biasa jugak, dia bagitau boss tak joi. Dia suka2 simpan barang ni. Sy pun tunjuk la sekeping gambar lama sy masa kecik2 dulu. Gambar tahun tahun 1978 lagu tu la. Di sebuah kedai gambar di Alor Setar. Kedai tang mana, sy taktau. Kebetulan vespa tu memang jenis yg sama.. apa lagi, sembang panjang la kami tang tu.. apa pun, balik tangan kosong jugak la..

Selepas lima nam bulan, sj pi singgah tanya khabar lagi.. sy tunjuk lg sekali gambar lama. Kecek punya kecek, dapat juga boss nombot dua tu call taukey dia. Dia mintak saya offer satu harga.  Macam biasa la... Nak tanya anak sat, dia habax balik. Nnti dia call sari dua nanti .. ada perkembangan positif nih.. rupanya bos nombot dua tu dah indirectly ayat bos dia... Buat apa simpan, tara guna biax berabuk lagu tu saja.. itu abang sudah suka, bagi dia saja.. kena harga you let go la.. lagipun dah ramai orang dok mai tanya.. penin pala nk jawab..

Next two days, masa otw pi hunting Perlis, dapat satu call. "Ok bang sy buleh bg kat abang vespa kecik tu.. rmxxxx.xx sy sedia joi. Ujong bulan abang update saya blk, sy bagi tempoh takat tu sj."

Dipendekkan cerita, selepas pat lima hari, saya dapat rezki sikit, saya pi ambik vespa kecik tu bawak balik rumah, lock ketat ketat...

Sekian coretan hari ni.





Friday 14 July 2017

Buku Hikayat Merong Mahawangsa

Koleksi peribadi. Tak diniagakan. Tak tau la awat saya suka sangat simpan buku ni, buku buku tentang sejarah Kedah...

Cuma dapat himpun tiga versi HMM saja buat masa ni. Versi garuda dan yang biru muda tu sama saja. Kulit saja yang lain. Yang satu lagi versi Haji Musa Lubis.

Versi Siti Hawa Salleh belum dapat lagi.. sapa ada, bagitau na..


Wednesday 5 July 2017

Bidai Ovaltine

Tiga pat hari lepaih, lepaih pi beraya sana sini, saya round pi rumah kawan kolektor kot lerah ni pagi tu. Dan la snap dua tiga gambax tin rokok dan saya pun balik la lepaih tu.

Orang rumah ternampak tray Ovaltine di rumah kawan tu. Dia minat la pulak... Maka saya pinjam sat buat inspirasi melukih...

Nindia... Tapi tak siap lagi..
Ya.. memang nak joi juga kalau sapa sapa berkenan.


Friday 23 June 2017

Lukih Lukih Lukih

Beberapa projek yg masih tergantung.. tak tau bila nak sambung..




Levi's Banner

It took me two weeks to get this banner finished. But it didn't finish either.. it was a slow and steady experiment I filled my time during this Ramadhan. When I felt lazy I did nothing. I slept or I did gardening activities..

So here it is.. a hand painted banner I copied from the net. Painted on jeans canvas using oil paint. Yup... oil paint that normally I used to paint my woodcraft and wooden blinds.

30 inch x 73 inch.. I think it good enough for a vintage decor.



Friday 12 May 2017

Lukis Bidai Levi Strauss & Co.

Beberapa bulan lalu saya mola lukih. Kemudian terhenti seketika sebab dapat tempahan lukih bidai bidai lain dari kenalan fb. Maka tertangguh la bidai Levi's ni lima nam bulan camtu..

Ni dah 80% siap.. tinggai part kecik kecik nk kena tidy up... Kerja yg lecey orang Kedah kata..

Up for sale btw..
Lebar 4 kaki. Labuh dalam 3 kaki lebih. 

Untuk maklum; bidai ni bidai lukih tangan, maka hasilnya macam lukisan lah.. pada bahagian tertentu akan nampak kecacatan. Tulisan pulak tak akan sharp dan perfect. Harap maklum.


Saturday 18 February 2017

Lukisan Bidai Milo 2.0

Alhamdulillah bidai Milo mempunyai peminat. Saya menerima tempahan kedua untuk melukis iklan Milo setelah bidai pertama terjual tahun lepas.

Kali ini untuk peminat dari selatan tanahair. Bidai ni belum siap sepenuhnya..

Untuk pertanyaan
Hubungi 011.32666654




Banner Levi's 1950s...

Takat ni saja la na... tak larat nak pebaik dah..

Sekian.



Tuesday 14 February 2017

Banner Levi's Bikin Sendiri

... blum siap lagi la!

Banner tiru dari gambar internet



Vintage Levi's Banner DIY

Banner berukuran 15"x36" bikin dari rumah... saja ja nk promo aktiviti saya selain menjual barang lama, bertukang, lukis bidai kayu dll..






Wednesday 8 February 2017

Lukisan Bidai Kayu

Alhamdulillah... dua minggu ni banyak bagi tumpuan pada lukisan bidai. Terima kasih pada isteri yang sering promo kerja kerja saya di masa lapang.

Bidai mini berukuran 2'x1.5', 3'x2' dan ukuran mini anggaran harga antara rm160 dan rm200 sahaja selembar. Harga bidai dan lukisan sekali. Unik sebagai dekorasi dan promo item dan perniagaan.












Kalo yang besar dan custom size, harga bergantung design dan faktor lain... sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. 011.32666654




Tuesday 24 January 2017

Logo Pasukan Bolasepak Kedah Hijau Kuning

Logo Hijau Kuning untuk diniagakan. Logo plaque material fiber, cantik buatannya. Boleh jadi sebagai cenderahati suatu masa dahulu. Tapi warna sudah pudar ditelan zaman.

Hijau kuning darahku...
Rm30 sekeping!




Official Shell Collectibles 2016

Promo barangan Shell ini sepatutnya tamat pada hujung bulan Oktober lalu. Namun ia dilanjutkan sehingga hujung tahun 2016.

Ada beberapa set tin Shell untuk dilepaskan pada pengumpul pengumpul barangan Shell. Official Shell merchandise untuk pengumpul Shell tegar.

Tiga biji tin ini diniagakan pada harga rm99 sahaja.
011.32666654




Saturday 21 January 2017

Koleksi Sign Petroliana; Esso dan Wakefield Castrol

Beberapa keping enamel sign yang masih gah tergantung di dinding. Kena harga, saya jual... tak kena harga pun kadang kadang terpaksa jual jugak demi kelangsungan hidup.

Yang besar 30"x20". Yang kecik 20"x16" lebih kurang.


Kasut Fung Keong Olympic

Lawa pulak kasut Fung Keong ni... dapat dari kedai baju lama di Bukit Pinang awal tahun ni.

Nak joi rm200 saja. Size 36. Baguih untuk display kenangan lalu.

011.32666654
Alor Setar