Showing posts with label pump. Show all posts
Showing posts with label pump. Show all posts

Monday, 28 May 2018

Koleksi Petroliana

Antara koleksi petrol yang menarik untuk dibuat perhiasan. Bukan saya punya na... Taukey Shell Alor Setar punya. Masa nak isi minyak hari tu saya terserempak dengan koleksi terbaik ini. Walaupun bukan barang lama tapi taukey ini punya citarasa...




Monday, 18 January 2016

Jual jual jual. Simpan yang Baguih Saja

Beberapa tahun dahulu, sekitar tahun 2009/2010 saya telah memiliki beberapa biji sign. Namun, bukanlah enamel sign, sekadar tin sign minyak cap kapak dan beberapa biji tin toys yang tak cukup sifat. Dalam tahun tahun tersebut juga saya ligat di ebay dan di beberapa web luar mencari info tentang collectibles. Semua nak balun aihhh..

Beberapa tahun kemudian barulah saya lebih fokus pada koleksi minyak... ahhha.. koleksi orang minyak. Koleksi lain yg buleh membenihkan koleksi parasite saya dah mula jual. Sign rokok semua nak dijual, open for any inquiry anytime bebeh.. Koleksi tin pun yang mana ada lebih, akan dijoi juga. Telefon, kerih, mesin jait, sign bengal, radio lama, lampu hiasan, buku buku, koleksi mak bonda dll semua terbuka untuk jualan. Banyak yg dah terjual beberapa bulan dulu sejak sy berniaga di Anger Mall, Shah Alam.

Koleksi orang minyak ada la sikit yg dijual atau swap. Sebijik dua pam pam kecik buleh la lg nk dilepaskan..

Sekian coretan malam buta..


Thursday, 16 July 2015

Wednesday, 15 July 2015

Sedikit Info Avery Hardoll yang Baru Dipungut

1. Versi clock face Avery Hardoll
2. Terdapat versi electric dan versi hand operated
3. Buleh jadi hand operated adalah versi awal (19xx), manakala electric powered versi upgraded (1953)
4. Clock face dial panel adalah enamel printed process
5. Max 20 gallons
6. Berukuran 400x700x2200 mm termasuk globe
7. Rekod harga: £875 tahun 2012 di UK
8. Tapi jangan bandingkan dengan suasana petroliana di sini. Buleh jd morah buleh jd lagi mahai lagi
9. Buatan England

Sekian


Tuesday, 14 July 2015

Alamak... Kawanku Jumpa Avery Hardoll..

Bertuah la badan hai kawanku yang sorang ni... dengan pungutan terakhir sebelum menjelang hari raya isuk lusa ni. Avery Hardoll pump model 50an..

Molanya cuma rangka yang agak comot Lepastu korek punya korek jumpa juga kulitnya..







Sunday, 30 November 2014

Projek Orang Minyak

Idea untuk menulis dan mengeluarkan sebuah karya tentang koleksi koleksi nasional telah tercetus beberapa tahun lalu. Tak tahu la awat aku berminat sangat untuk menulis tentang oldskool dan vintage. Pernah suatu ketika dulu aku menulis untuk My Rides Magazine. Kebanyakannya dalam ruangan restorasi.

Namun bila masa berlalu, kecenderungan tentang kereta oldskool pun turut surut berlalu. Aku terjebak dengan barang barang lama especially signs dan mesin mesin lama. Mulanya nak tulis tentang local signage. Tetapi setelah selangkah menulis, cita cita itu tertunda dan aku menemui kebuntuan yang sangat lama. Sejak sebulan dua ini baru aku mula sambung kembali hikayat tersebut. Aku akhirnya kecilkan skop penulisan... yaani berkenaan barang barang minyak saja..

Belum ada judul untuk buku ini.. tapi aku dah bubuh title Orang Minyak buat buah mola.

Berkisar tentang sign, pam, tin, scene petroliana, automemorabilia, kisah suka duka para pemungut, restorasi dan lain lain. Telah aku contact beberapa sahabat orang minyak yang sudi berkerjasama menyumbang maklumat. Insyallah aku coba selesaikan ilham yang terbuku setakat ini..

Alamak... tak brani nak janji bila buleh siap..



Sunday, 16 November 2014

Gas Pump Nozzle

Kalo orang tanya, aku bukan la orang secara langsung terlibat dengan minyak dan petrol. Secara kebetulan kerja harian terlibat dengan pigging dan tool tool berkaitan inspection paip minyak.

Cuma  minat terhadap mesin petrol agak lebih berbanding koleksi benda lain. Tapi sama ada nozzle ni senang cari atau tak aku kurang pasti.. Kalo tanya geng2 repair pam mungkin buleh jumpa lubang kot.

Ni contah nozzle pam yang baru tetapi mechanically lama... Aku beli di Balikpapan dalam setahun lebih dulu. IDR 400, 000 lebih korang. Kedai tu rasanya joi mahai juga pada barangan tertentu. Roughly rm120 la ikut rate time tu.












Ni contoh yang lama... cakok la tang mana buleh ikut design. Gamax pinjam tenet.


Wednesday, 3 September 2014

Caltex Aluminium Sign












Sign Caltex ini aku beli pada tahun 2012 dari satu kedai menjual barang lama di Seremban. Tapi hanya pada tahun ini aku berpeluang memiliki. Heh heh... sejurus setelah membayar online, aku tak berkesempatan pi amik disebabkan aku harus berpindah ke seberang laut nun di Balikpapan. Setelah dua tahun baru kini aku dapat bawak balik ke rumah.

Sign berukuran 2'x2' ini mau jugak aku joi pada harga rm380 satu. Rasanya harga tu agak reasonable karena dari pemerhatian, banyak tin sign orang dah mola letak harga luar kawalan. Walaupun ini bukan enamel sign, aku rasa dengan kondisi nos sebegini, ia patut ditawarkan pada harga sedemikian. Kalo mau call 0111.664.6660. Aku dapat tiga bijik. Satu dah ke tangan sahabat, satu nak simpan, maka satu saja yang nak dilepaskan.

Squad petroliana harus memilikinya sekepin. Sekian iklan pada malam ini. Selamat hari merdaka.
Di sini lahirnya sebuah cinta.

Saturday, 28 June 2014

Dunlop Trolley Compressor

... buleh jugak kalo nak jadikan pam tayar.. agak heavy duty.
(Kekurangan info. Nanti gwe update lagi)




Monday, 28 April 2014

Gasboy Model 100

Pam ni aku beli dalam ujung tahun 2012 la rasanya.

Setelah berkenalan dengan si dia, dan dari sejak itu sudah 6-7 bijik pam aku dah beli darinya. Setiap kali ada pam tua maka aku Insyallah akan diberitau..

Gasboy Model 100 ini dipercayai dari tahun 1950an. Sebelum tu condition dia agak belemoih jugak la. Tapi setelah dicat balik maka lawa jadinya. Sat nak joi, sat tamau joi... payah aih kalo menega lagu ni..

Kiri adalah pam sebenar manakala kanan sekadar perbandingan saja.



Monday, 23 December 2013

Advertising Signs

Sebahagian dah dijual manakala sebahagian besar masih tersimpan. Sayang pulak nak lepaskan.

Aneka sign enamel/porcelain, kayu, plastik, tin dan aluminium.
Aneka ragam petroliana; pam, dispenser, tin dan globe
Beberapa koleksi rokok dan minuman

Tuesday, 6 November 2012

Yang Ini Pun Pam Juga














Berikut adalah beberapa pam minyak yang tak berapa champion. Ada yang aku sapu ada jugak yang aku biarkan saja di situ. Pam yang mempunyai bentuk terlalu simple dan tiada advertising sense aku tak berapa ambil kisah sangat walaupun kena dengan harganya. Ada juga pam generasi baru yang turut juga aku biarkan juga especially yang meter digital.

Aku kutip pam yang masih beroperasi dengan mekanikal counter buat masa ini dengan syarat fizikalnya sesuai sebagai display item; T-shape yang cute adalah pilihan, bukannya petak gemok.

.

Terdapat beberapa pam yang juga lama yang tidak cukup syarat untuk dipamirkan. Jika dijadikan hiasan sekalipun, ia tidak menarik dan berkemungkinan menyemak ruang sahaja. Namun sekiranya pam ini dipadankan dengan pasangan yang sesuai, hasilnya mungkin akan tampak berbeza. Pam kayuh dan diaphragm pump yang aku simpan belum sesuai untuk dipertontonkan dengan gaya menarik. Maka biarlah depa dok dalam bilik tu. Aku masih tercari cari partnernya iaitu tong dram berlogo lama untuk dijodohkan. Semoga hasrat tercapai!




















.

Manakala drum transfer pump ini pula belum siap sepenuhnya  Dah lama juga aku beli tapi terlupa pula aku untuk meluangkan masa mencari alat ganti dan melengkapkan pam ini.


Monday, 1 October 2012

Mobil Collection

Bila sampai masanya dan kena harganya, aku nak jual keseluruhan koleksi yang aku miliki. 50k hampa mai amik semua yang aku ada setakat tahun Merong 2012. Kadang kadang aku rasa barang barang koleksi ini amat melalaikan aku sehingga perkara paling penting aku lengahkan dan abaikan. Tapi tu la.... dunia memang pandai memancing, aku buang yang ini dapat yang itu..

Koleksi Mobil ini antara yang aku masih simpan. Bermula dengan Mobiloil sign Bengal mali tup tup tup dalam masa tiga tahun terkumpul la sebahagian seperti gambar ni. Koleksi Mobil ini antara yang aku liat nak jual.... Tu la yang dinamakan fitnah dunia...

Sesapa offer aku satu lot aku mungkin jual juga. Anggaran kasar koleksi Mobil ni sekitar RM9k semua. Ini mengambil kira harga barang yang aku beli dari ebay directly, harga restoraton pada barang2 tertentu dan kos pos dari mana mana pelusuk dunia. Ada juga barang yang murah pada asalnya tapi akan jadi mahal bila dipairkan dengan barang barang kembarnya. Ada juga barang yang murah di tanahair tapi aku upkan harga mengikut harga terbaik samada di Malaysia dan market ebay & market petroliana.

Hampa takleh kata apa la pasal harga barang. Adakalanya effort yang telah dikeluarkan perlu dihargai juga. Permainan barang lama memang camtu dan harga yang adakalanya aku letak memang tinggi, tak patut bagi sesetengah orang tapi patut aku rasakan. Adakalanya juga barang yang aku beli pada harga tertentu aku bagi percuma juga sebagai hadiah di atas pembelian lain. Ada juga yang aku sedekahkan kerana aku rasa barang tersebut aku tak patut ambil untung darinya seperti boneka berhala dsb. 


Friday, 28 September 2012

Pompa Bensin Mobilgas


Pam lama ini antara barang champion yang aku jumpa tatkala melayari internet di Indonesia. Buatan Erie dari Amerika sekitar 1950an. Yang menariknya pam ini adalah new old stock condition dan diiklankan pada harga 18 juta rupiah. Aku turut mengambil kesempatan menelfon penjual. Memang dah agak dah. Ia terjual pada harga 11 juta setelah beberapa hari diiklankan. Aku tau la sebab aku call... Ketika itu 1 juta bersamaan RM340.00.

Kalau di ebay aku hampir pasti pam ini bakal close pada harga $1500.00 dan ke atas. Tu kalau barang sekenhen dan complete set. Di Malaysia pula aku anggarkan tak kurang RM 10,000.00 dan RM15,000 adalah harga terbaik yang boleh dicapai.





Tuesday, 11 September 2012

Pam Minyak - Sepasang lagi...


 



Sengaja aku tak completekn pam pam ni. Hasil temuramah awal mendapati pam ini beroperasi di negara kita sekitar akhir 70an sehingga 80an. Oleh itu aku mulanya terconfuse jugak bila melihat logo yang digunakan adalah logo Caltex terkini. Memang laaa... bila dah di rebranding beberapa tahun dulu maka bagi memastikan pam up to date maka pam ini di sticer up oleh pemilik dengan citarasa baru.

Pam jenis ini masih menggunakan mekanikal counter. Bila bukak maka dapat la aku lihat mekanikal sistem dia. Kalau nak pakai, kita kena ONkan pam, reset counter ke zero dan pam ke kereta anda. Selepas pakai OFFkan dia kembali.

Tag dah tak berapa jelas tapi aku hampir pasti buatan Wayne juga. Pam ini bisa beroperasi dengan baik. Cuma lampu perlu dihidupkan. kalau ada sesapa mau beli oku bisa offer RM2xxx.xx untuk pam yang berfungsi sebegini.

Pam kedua (kanan) juga dari model yang sama. Aku dapat body kosong yang pada awalnya aku teringin nak buat satu functional sculpture. Pam ni putih dan hitam keseluruhannya.. Tengok la bila aku balik ke tanahair nanti akan aku sambung perjuangan ini..




Thursday, 23 August 2012

Shell Gas Pump Globe

Globe Shell ini aku beli minggu ke tiga pada bulan puasa lepas sebelum aku berhijrah ke seberang. Pembelian yang tak disangka sangka setelah hasil bual bicara dengan taukey kedai tu yang sebenarnya menunggu kedatangan seseorang yang ingin membeli globe berkenaan. Last last aku rembat dulu barang yang tak berapa champion ni.

Asal dari Segamat, berpindah ke Amcorp Mall beberapa hari dan akhirnya kini menetap di rumah aku. Menurut cerita yang disampaikan, globe ini kepunyaan taukey arak di Segamat yang turut mempunyai lesen jual petrol suatu masa dahulu. Badan pam dah dijual ke besi bruk dek keadaan yang kurang memuaskan. Dianggarkan dibuat pada era 30an atau 40an. Berukuran 6" diameter tapak, 16" tinggi dan 12" gemuk! Walau bagaimanapun ia sudah mempunyai kecacatan pada tapak.

Aku turut memburu badan yang sesuai dengan globe ini. Kalau tuan tuan nak tolong.... Alhamdulillah! Email ke aku yah...!