Terdapat beberapa items yang pada mulanya aku punya satu dan kemudian tup tup menjadi dua. Macam cerita magic pun ada. Mana tak nya, benda yang jarang ditemui dan tak disangka sangka menjadi hak milik.
1. Suatu ketika dulu aku pernah membeli oval Gargoyle Mobiloil sign. Sekitar tahun 2009/2010 di Amcorp. Beberapa bulan kemudian dapat satu lagi di Kampung Berjaya.
2. Pernah aku membeli sebijik 50s fire extinguisher dari Kampar. Body rivet dan bukan jenis welded. Eh, beberapa minggu lepaih tu aku dapat sebijik lagi dari Cik Jamel. Setahun dua selepaih tu aku jual ke seorang kenalan fb dari Banting.
3. Tidak lama kemudian aku terbeli satu lot barang lama dari Pak Sheikh Mohd Nor. Bersama lot ni terdapat satu fire extinguisher bebentuk kon, rivet type jugak. Lepaih tu time turun ke Kampar, aku lajak pi Telok Anson dan bertemu satu lagi barang yang sama di sana. Aku pun sambar jua dan bawa balik.
4. Shell Sold Here sign buleh hampa check posting terdahulu. Satu aku beli dari Teh Amcorp, satu lagi dari Jonker Melaka. Size original 4' lebar. Yang menariknya dua dua sign ni sudah terpotong tapi mempunyai lebar yang sama juga walaupun terpotong satu di sana, satu di mana mana.
5. Pernah aku punyai sebijik Mazda 808 Coupe. Tapi oleh kerana harus berpindah ke Indonesia, aku joi pada sorang sahabat. Kini setelah dua tahun dan akhirnya pulang, ada pulak orang joi sebijik lagi model yang sama kat aku. Eh, sahabat ni pun mengintai ngintai kiranya aku mau melepaskan yang ini nanti..
6. Hikayat Merong Mahawangsa, versi garuda dah bertahun tahun aku dok tanya tanya.. Biasanya jawapannya hampa belaka. Tiba tiba pada tahun ini ada seseorang rela menjual tapi... alamak ada orang lain dah mengintai lebih awai. Nasib baik la special deal dengan dia, aku beroleh HMM jua dan dia dapat satu buku lain foc with pembelian. Selang seminggu selepaih tu ada lagi la pulak HMM yang lain. Aku dapat deal direct tampa ramai orang tau.
7. Dalam tahun 2010 aku pernah membeli sebijik peti ais coke dari kedai barang lusuh. Rm70 sebijik.... aku joi balik ke seseorang rm300. Buleh la.. Eh, seminggu lepas makcik aku nak bagi barang yang sama kat aku. Pernah suatu ketika dulu dia usahakan perniagaan runcit. Tapi kini dah bersara. Yang bestnya peti aih ni masih berfungsi..
Apa lagi ya.... banyak aih nak taip... pakai hp agak susah juga nak berkarya no..
8. Kaki labah labah Singer
9. Sepasang buku Shekh Siti Jenar
10. Sepasang copy of Shekh Siti Jenar
11. Sepasang Hikayat Hang Tuah jawi
12. Sepasang Hikayat Hang Tuah di tangga
13. Sepasang radio yang sama model
14. Sepasang termometer Pepsi
15. Sepasang pam Caltex dari model yang sama... lupa pulak exact brand
16. Sepasang pam Gilbarco
17. Sepasang sign Embassy 77
19. Sepasang sign Double Ace
20. Sepasang sign Pirelly beli dari Abang Mat Rani
21.....
Pasangan pasangan ini mempunyai cerita menarik tersendiri... best juga kalo dok syox syox sendiri teringat memori barang lama..
Showing posts with label extinguisher. Show all posts
Showing posts with label extinguisher. Show all posts
Saturday, 25 October 2014
Thursday, 23 August 2012
...berpasang pasang
Setelah kian lama menjadi collector amatur, baru aku sedar yang sebenarnya hampir kebanyakan barang yang aku pernah miliki datang perpasangan tanpa dirancang. Ada yang dah dijual dan ada yang masih aku simpan.
Sign pepsi ni aku beli di ebay. Masing masing telah aku menang pada harga USD 25 dan USD 67 kalau aku masih ingat dan tak salah type. Satu dah dijual ntah ke anak sapa ntah. Satu lagi ada pada cafe adik aku dalam UiTM Shah Alam. Pi la tgk kalau nak. Aku jual pada harga RM300 kalu orang tanya... biasanya orang mintak nego la...
Sign pepsi ni aku beli di ebay. Masing masing telah aku menang pada harga USD 25 dan USD 67 kalau aku masih ingat dan tak salah type. Satu dah dijual ntah ke anak sapa ntah. Satu lagi ada pada cafe adik aku dalam UiTM Shah Alam. Pi la tgk kalau nak. Aku jual pada harga RM300 kalu orang tanya... biasanya orang mintak nego la...
Fire extingusher ni pulak aku beli dari Perak. Dibuat sekitar tahun 50an. Dah lama jugak la aku simpan dalam tahun 2010 kalau tak salah. Pasangannya aku dapat dari Cik Jamil madu tiga di Subang. Kedua dua barang aku dapat selang waktu yang sama la kiranya. Dua dua dah di jual ke seorang collector tegar dari Banting dalam 4 bulan lepas. Dua tahun baru dapat letgo. Beliau sangat aktif di k.e.b.a.l.
Selang dua bulan itu macam aku terjumpak yang lebih champion tapi tak berapa cantik bodynya. Asal dari kampar aku bok balik ke Shah Alam. Pasangan nya aku dapat lebih awal di Penang dari collector tegar Saudara Mohamad aku pangge dia. Extingusher jenis ini kalau yang masih mantap dijual pada harga RM600. Hampa pi tanya kat kompleks PKNK Kanchut. Tu antara yang mahai la. Menurut kajian tak rasmi, yang molek siap stiker asal mungkin senilai RM450. Kalau hampa buleh beli murah dari tu kira buleh buat modai la.... tapi ambik masa nak jumpa tuan baru. Kedua dua ni aku buleh bagi RM500 sepasang. Kalau nak satu aku bagi RM280.
Shell Cap Ayam dan lain lain... Lain kali la naaa aku tulih balik...
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)