Friday, 18 October 2013

Kaki Mesin Jahit Singer 1930an

Tak sangka pulak ada banyak rupanya kaki mesin jahit yang menjadi idola kolektor di sini. Kat kedai Pakcik Tohir ni aku jumpa 6 set in total. Tapi cuma satu saja yang complete. yang lain cuma kiri kanan kaki saja. Tak larat nak selongkax teruk teruk sangat...

So yang ni adalah model keluaran 1930an.




Ni pulak lepas di-light restore by me then... buleh la..


Sekian topik hari Jumaat al Mubarak.

Jaket Harley Davidson

Jacket harley Davidson size S untuk dijual. RM380 sahaja.
Jaket yang agak season tetapi masih baik keadaannya. Kulit tebal dan anti gores.


Mazda 808/RX3 Parts

RX3 SP Tail Light - RM850 sepasang


Nose Cone Complete - RM2500





.. dalam bangsai Pakwa

Hari ni aku tukax lagi blog title.

btw hari ni orang yang ke Mekah dah buleh bertahallul.
Sekian.

Tuesday, 26 March 2013

kedah tua

Pada hari ini aku tukar pengenalan blog ini dari Barang Champion ke Kedah Tua. Nak habax lagu mana tak tau.... Mungkin bunyi barang champion ada unsur kibr kot. Tukax la ke citarasa yang lebih klasik, kuno dan nostalgia.

Tuesday, 19 March 2013

Separa Original Diastar

Untuk makluman, Rado Diastar yg pernah aku beli di Bandung pada entry terdahulu adalah separa original. Walaupun aku pernah diberitahu enjin original tak buleh masuk ke casing tak original, itu cuma info pada masa itu sahaja. Enjin ETA dari model yang lain berkemungkinan besar muat ditangkap muat ke mana mana casing tiruan. Maka jadilah model rado separa original.

Tertipu juga...!

Friday, 22 February 2013

Rado Diastar

Semasa aku jalan jalan di Bandung secara kebetulan sorang member call dan pesan kalau kalau terjumpa jam lama di sana. Belilah jam Rado vintage ataupun Swiss brand untuk buat modal. Maka pada hari pertama aku jumpa bermacam macam jam lama. Belilah aku tiga utas jam Rado pada hari tu. Aku tak pasti adakah jam ni yang dia mau. Kalu takmau pun takpa sebab aku pun berkenan jugak. Dapatlah aku miliki Fortis, Rado Silver Sabre dan Rado pabenda tah...

Untuk makluman, aku kurang arif tentang jam lama buat masa ini. Maka untuk belajar, aku rasa denagn memiliki, pakai dan baraikan mana yang buleh adalah salah satu proses pembelajaran. (bersambung..)

Tapi aku nak tunjuk sepasang jam Rado yang dikatan original dan yang aku rasa tak original... Nindia the Diastar. Memang aku tak berapa pasti originality jam ni. Tapi setelah siasat, aku tengok enjin ETA 2789. Bab bab lain aku takmau sentuh lah. Tulisan Rado di mana mana luar dalam.







 
 
 
Tanyalah aku ke tukang tukang jam terdekat. Satu pelajaran yang depa bagitau; 'enjin original memang tak ngam kalau masuk casing tak original'. Ciri lain aku tak berapa mau tulis lagi tunggu lah bila dah pandai bab jam nih. 















 




















Manakala yang ni pulak aku yakin adalah yang ciplak. Aku beli jugak jam ni walau bagaimana pun. Namun banyak kali pandang memang nampak macam original. Aku pakai beberapa hari dan dapati enjin dia masih bagus dan berjalan lancar. Kena tilik atas bawah barulah boleh tau originality dia.