Thursday, 24 October 2013

Ku Korbankan Originality

Alang alang dah tak original, aku restore balik kesemuanya luar dalam.
Esok lusa aku update kalo berkesempatan.













Standard Oil Company New York Enamel Sign

Enamel sign Socony ini aku beli tatkala berada di Bandung. International sign yang buleh di gantung di mana jua. Tiada dialek lokal pada sign ini dan mudah diperdagangkan di ebay dan lain lain tempat.

Dari pemerhatian, sign ini mukanya mempunyai flange (L-shape) bagi membolehkan digantung dengan mudah. Tetapi ia sudah dileperkan dan diframekan oleh pemilik terdahulu. Berukuran 36" panjang, double side sign.

Untuk dijual pada harga RM1800. Maaf, kengkadang aku mempunyai sifat tak-jadi-jual kalau mood tak kena. Sekian. Terima kasih.


Friday, 18 October 2013

Kaki Mesin Jahit Singer 1940an

Oleh kerana meja dah dapat, mesin pun dah dapat maka dalam masa proses membaikpulih mesin tu maka sempatlah aku bersuara berkehendakan kaki labah labah. Mula mula di kedai Pak Tohir. Kemudian di kedai repair mesin jahit belakang kedai jamu.

Beberapa hari kemudian terjumpa aku akan enam set kaki labah labah. Maka aku rembat satu yang complete dan bawa balik ke rumah supaya sebuah mesin jahit dapat dilengkapkan dan dapatlah kami cuba cuba menjahit pakaian. Alhamdulillah matlamat tercapai. Mesin telah complete dan beberapa helai baju pun dah siap.

Beberapa hari kemudian lagi, tukang mesin yang satu lagi turut offer satu lagi kaki labah. Wah, ini set yang sangat cun dan complete. Terus aku confirm, beli dan bawa balik kemudian hari.

Malang tidak berbau... masa aku buka boot, terjatuhlah kaki labah labah 1940an itu dan on the spot berderai patah... Wuhhuuuuu...

Nampak dak perbezaan antara model 30an dan model 40an?





Kaki Mesin Jahit Singer 1930an

Tak sangka pulak ada banyak rupanya kaki mesin jahit yang menjadi idola kolektor di sini. Kat kedai Pakcik Tohir ni aku jumpa 6 set in total. Tapi cuma satu saja yang complete. yang lain cuma kiri kanan kaki saja. Tak larat nak selongkax teruk teruk sangat...

So yang ni adalah model keluaran 1930an.




Ni pulak lepas di-light restore by me then... buleh la..


Sekian topik hari Jumaat al Mubarak.

Jaket Harley Davidson

Jacket harley Davidson size S untuk dijual. RM380 sahaja.
Jaket yang agak season tetapi masih baik keadaannya. Kulit tebal dan anti gores.


Mazda 808/RX3 Parts

RX3 SP Tail Light - RM850 sepasang


Nose Cone Complete - RM2500





.. dalam bangsai Pakwa

Hari ni aku tukax lagi blog title.

btw hari ni orang yang ke Mekah dah buleh bertahallul.
Sekian.