Saturday, 9 August 2014

Volvo 165 Jadian V2.0

Baru kini aku dapt update perjalanan conversion bobo ni. Niat di hati nak jadikan versi Volvo 165 dan perjalanan sudah separuh jalan. Muka dari donor 164 sudah berjaya dipadankan. Cuma nak rapikan lagi fitting dan gap antara panel yang ada..

Rim Boyds Coddington pun dah masuk. Tapi tu la. Set depan pcd 126 manakala belakang 120. Tu la pasai buat spacer gelojoh sgt...

Bobo ni agak terhoyong hayang sikit. Siasatan awai ada yg kata sebab tong ngv yang agak berat. Spring pun buleh jadi lembut sebab tong berat ni...

Dan... lampu nak bagi nyala dulu sebelum buleh isra'. Setakat la ni camni la keadaan dia.

Terima kasih kepada SHAHZAN Metalworks Sungai Buloh.

V1.0 - Peringkat mola mola idea dulu. Link





Double Ace Double Signs

Enamel sign Double Ace ni dah dua tahun aku perolehi dulu dan baru kini dapat aku bawa balik ke rumah. Sedikit hari nanti mungkin aku lepaskan jua.

Seperti sebelum ini, seperti menjadi trend, bila dapat satu sign, kembarnya akan muncul menggamit poket.

Kondisi tak brapa cemerlang tapi buleh juga jadi azimat emas karat. Biasanya orang mengenali emas kunin yg valuenya sentiasa naik gradually. Emas hitam pun sama juga tetap naik. Emas putih lain sikit... dan kini emas karat yang sentiasa naik mencanak bagi mereka yang faham permainannya.





Saturday, 28 June 2014

The Tosan Aji

Dalam banyak banyak barang yang aku dok joi, beli dan kumpoi, kerih adalah salah satu cabang yang paling susah nak paham.

So, biax pi la sat bab tu. Tapi ni satu cabang kecik dalam cabang kerih.... yakni mereplicate si Tamingsari. Kalo dah nak replicate tu, sengaja aku tak tiru warna dan corak motif yang asal. Yang aku nak adalah bentuk yang seakan akan. Dan sebuleh bulehnya aku nakkan hulu jadi semirip yang buleh. Tapi tak brapa nak jadi jugak atas sebab masalah komunikasi, timing, dan kefahaman... payah aih nak explain...

Ni cobaan pertama.. buleh la.. dan berjaya dijual walau pun blum sampai ke tangan aku pun tika ini. Alhamdulillah.



Dunlop Trolley Compressor

... buleh jugak kalo nak jadikan pam tayar.. agak heavy duty.
(Kekurangan info. Nanti gwe update lagi)




Ramadhan di Balikpapan 2014

Pada hari ini 1 Ramadhan 1435 bersamaan 28 June 2014.

Saja ja nak jot down.. sepuloh tahun nanti bila baca, soheh aku terkenang balik nostalgia Balikpapan Kaltim
. 300 kali lebih blackout sejak aku dok sini dari Ramadhan 2012
. Raya 2012 tanpa ketupat
. Sepanjang masa tu aku dan keluarga cuma ke Kebun Sayox, Klandasan dan hunting cawan dan teko tiap ujong minggu
. Mesti orang gelak... sebab tak pernah pun nyetir sampai ke Samarinda
. Oh Primananda dan para bunda bunda anak anak aku di Gunung Pasir...

Apa lagi yang significant ya...?










Oh ya...
. Aku belajar main pinggan mangkuk pml di sini la
. Belajar kenai kerih pun di sini
. Mmmm...

Friday, 27 June 2014

Embassy Enamel Sign Ver 3.0


Alamak... pukoi doa pagi enamel sign ni hinggap kat pm aku... nak bli tak bli?

Bli tak bli? Bli tak bli?

Dulu dah dapat yang menegak. Kali ni yg melintang patah berlalu mai. Maknanya yg pipih mungkin bakal melayang berpindah poket. Mudah mudahan ini suatu pelaburan sebab Insyallah bakal dijual juga nanti.

Bli tak bli? Bli tak bli? Eh dah tiga pagi daaa..




bangsaipakwa.blogspot.com/2012/09/embassy-enamel-sign-ini-merupakan-entry.html?m=1

bangsaipakwa.blogspot.com/2012/10/embassy-sign-20.html?m=1

Thursday, 12 June 2014

Jam Lama Koleksi Illuminati

Ntah la apa yang best sangat dengan jam ni. Molanya aku dapat Pagol dua tahun lepas. Setahun lepaih tu pulak terjumpa Mido. Maka koleksi tu menjadi dua, tiga dan seterusnya lima. Cuma belum berkesempatan memiliki koleksi Rado dan Ricoh juga berbentuk serupa.