Tuesday, 22 September 2015

Lukisan Bidai by Pakwa Kola Kedah

Bidai dan lukisan.

Contiang contiang contiang, jadi la lagu ni. Kebanyakannya lukisan ilham dari iklan dan gambar lama. Nak lukih ataih bidai baru buleh, bidai lama pun buleh.

Kalo nak tempah, sila hubungi saya. Anggaran harga:

Lebar 3'   : rm350
Lebar 4'   : rm450
Lebar 6'   : rm650
Lebar 8'   : rm850

Harga pergantung pada harga semasa bidai. Buat masa ni harga terbaik adalah rm 5.20 sekaki persegi. Ada juga yg lagi mahai, bergantung kepada supplier.

Step by step bidai yg sy buat kat bawah ni.. malaih nk selesaikan.

Isuk lusa saya update mana yg dah siap..




Friday, 18 September 2015

tentang Vespa ...sculpture kot!

Taktau nak bagi nama apa benda ni. Ilham asal sekadar wall decor item. Hasil usahasama Pakwa & Co di Sungai Buluh. Item telah terjual.

Vespa addic item. KKK concept. Kayu, keluli kimpal, karat dan kolourful.



Kuala Tawai









Volumetric painting
Oil on canvas
33" x 44"


Kuala Tawai dilanggar Geruda

Painted by pakwa
Concept by pakwa
Arrangement by pakwa

Kayu, kulit, keluli, kertas & kanvas




Thursday, 3 September 2015

Replica Avery Hardoll

Saya mengambil masa lebih kurang 4 hari untuk menyiapkan sebijik replica Avery Hardoll ni..  Projek mengejut yg mulanya main main, tapi jadi betul betul. Sy bersama rakan rakan Pakwa & Co dan Shahzan Jet Engine Sungai Buluh sempat menyiapkan tiga biji promo items untuk event vintage di Garage KL, Ulu Klang yg berlangsung pada 29 & 30 Ogos lalu.

Ni projek pam minyak! Projek Vespa, tunggu saya update pada entry lain nanti..

Model pam ini dibuka untuk tempahan sekiranya ada pihak yang berminat. Call saya 011.32666654.




Thursday, 16 July 2015

Wednesday, 15 July 2015

Sedikit Info Avery Hardoll yang Baru Dipungut

1. Versi clock face Avery Hardoll
2. Terdapat versi electric dan versi hand operated
3. Buleh jadi hand operated adalah versi awal (19xx), manakala electric powered versi upgraded (1953)
4. Clock face dial panel adalah enamel printed process
5. Max 20 gallons
6. Berukuran 400x700x2200 mm termasuk globe
7. Rekod harga: £875 tahun 2012 di UK
8. Tapi jangan bandingkan dengan suasana petroliana di sini. Buleh jd morah buleh jd lagi mahai lagi
9. Buatan England

Sekian


Tuesday, 14 July 2015

Alamak... Kawanku Jumpa Avery Hardoll..

Bertuah la badan hai kawanku yang sorang ni... dengan pungutan terakhir sebelum menjelang hari raya isuk lusa ni. Avery Hardoll pump model 50an..

Molanya cuma rangka yang agak comot Lepastu korek punya korek jumpa juga kulitnya..