Monday, 29 November 2021

Phoenix Bangkit Dari Abu

Alhamdulillah, dapat balik access ke blog ni. Dah 3 tahun tenggelam sebab tak jumpa jalan masuk. Rupanya ada sesuatu yang perlu dikemaskini. 

Ingatkan dah kena sekat atau salah guna username. 

Wednesday, 5 September 2018

Bendera Kerajaan Srivijaya

Bendera Kerajaan maritim Srivijaya. Barang dah tak dak dah. Oleh yang demikian, saya seperti biasa buat la satu replika bendera ni..













Sebagai maklumat, Kerajaan Melayu Srivijaya dipercayai bertapak seawal kurun ke 7 masehi atau lebih awal.

Tuesday, 28 August 2018

Peluang Kerja, DoReMi

Sign 'Peluang Kerja' ni pada mulanya sekadar suka suka saya berkarya. Dilukis di atas kayu lama. Ada lebihan papan almari lama, saya lukis lah... Nak bertukang, kekurangan alatan la pulak masa tu..

Alhamdulillah ada peminat juga.. Saya dah siapkan 5 keping. Boleh jadi kena buat lagi..

Tiada royalti buat bakat bakat yang menjayakan sketsa ini. Oleh yang demikian, saya pohon kepada pembeli pembeli sign ini dari saya supaya menghadiahkan Al Fatihah kepada mereka. Al Fatihah..



Sign asal; dari filem DoReMi.

Friday, 3 August 2018

Bendera Lama Kedah

Bendera Lama kerajaan Kedah digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Bendera ini diturunkan Siam pada tahun 1831 di Kota Kuala Kedah berikutan kekalahan Kedah di dalam perang pada tahun berkenaan.

Bendera Merah Harimau Melompat; itulah ia dikenali.

Walau bagaimanapun, bendera di bawah adalah sekadar gubahan saya saja. Adaptasi dari sumber yang terhad. Saya belum berjumpa dengan bendera yang asal yang lebih terperinci grafiknya... Mohon jangan dijadikan rujukan ilmiah dengan gubahan saya ni.







Tuesday, 17 July 2018

Jata Lama

Asalnya cuma nak cuba lukis lukis atas canvas, tumpang tengah rasa lapang sikit malam tu..










Monday, 16 July 2018

Jata Lama 1895 - 1946










Mulanya cuma nak suka suka lukis atas kain seluar jeans lama yang dibeli tahun lepas. Latar belakang masih hitam. Kemudian... Apa kata try cat biru muda tengok, lagu mana nak jadi..

Lepas tu, macam menjadi pulak komposisi warna ni walaupun tak dirancang. 4, 5 hari siap dan ditinggalkan beberapa hari.

Pagi tu pulak hujan turun... Tak keluar ke mana mana. Saya jalan keliling rumah dan ternampak longgokan kayu almari lama yang terbiar... Terdetik nak buat papan latar untuk Jata ni..

Tup tup.. merjadi jugak la walau tak dirancang betui.. Buleh la...

Digantung sebagai hiasan rumah akhirnya.