Friday, 9 May 2014

Pusat Bandar Shah Alam Terdahulu

Pernah aku diceritakan yang asal bandar Shah Alam bermula dari sini. Seterusnya berkembang menjadi bandaraya yang sangat luas. Makanya kawasan ini menjadi ia sedikit terpencil setelah zaman berlalu.

Gambar ini diambil pada tahun 2012 sebelum aku berhijrah ke Borneo. Sengaja aku ilhamkan di blog ini sebagai memori hari tua nanti. Pada tahun ini juga aku ada mendengar yang bangunan ini dah di beli orang. Ntah la apa nasibnya nanti.

 Cuma beberapa langkah dari Komuter Batu Tiga.


Thursday, 8 May 2014

Radio Flyer Wagon

Barang ni antara yang jarang aku jumpa. Mulanya aku ingatkan sebuah trolley semata mata. Seller tu pun mulanya tak brapa pasti juga. Ya la... Pernah dibuat trolley untuk mengangkut surat habax.

Last last, baru aku tau benda ni sebenarnya mainan budak. Kira kereta sorong la. Buleh la aku groupkan sekali dalam kategori pedal car, pedal vespa dan mainan yang seumpamanya.


















Kalo di negara omputih, banyak modifikasi yang depa buat. Antara yang aku minat adalah rat rot radio flyer.. Buleh la aku try nanti kalo tak sayang barang.
















Untuk info; wagon ini masih lagi dikeluarkan hingga sekarang, termasuk model vintage.



Monday, 28 April 2014

Page Ketinggalan Zaman

My other page. LINK


Gasboy Model 100

Pam ni aku beli dalam ujung tahun 2012 la rasanya.

Setelah berkenalan dengan si dia, dan dari sejak itu sudah 6-7 bijik pam aku dah beli darinya. Setiap kali ada pam tua maka aku Insyallah akan diberitau..

Gasboy Model 100 ini dipercayai dari tahun 1950an. Sebelum tu condition dia agak belemoih jugak la. Tapi setelah dicat balik maka lawa jadinya. Sat nak joi, sat tamau joi... payah aih kalo menega lagu ni..

Kiri adalah pam sebenar manakala kanan sekadar perbandingan saja.



Lollipop Gargoyle Enamel Sign


























Aku pasti sign ni sebenarnya jenis sign lollipop. Apakan daya cuma sign saja yang dapat. Outer ring, tiang dan kaki dah tak bersamanya lagi.

In case kalo tuan tuan terjumpa, bagi tau na...



Manakala gambar di bawah adalah item yang telah lengkap... Tapi tu la... orang punya..


Caltex Enamel Sign

Beberapa tahun dulu aku berjumpa dengan satu Caltex enamel sign gergasi berukuran lebih kurang 5' diameter. Hehehe... Jonker Street Melaka. Katanya RM20k mau dijual... Mungkin acah sj tu. Maka aku membeli sign yang lain yg terjangkau ketika itu.

Beberapa hari lepas aku dapat sign ni tatkala online... Nasib baik aku online setelah beberapa lama tak berbuat demikian time kerja. Kalo tak, mungkin melepas jua. Tak la sebesax mana pun. Berukuran 27" saja. It's a double sided sign. Buleh la kalo nak buat denak. Untung untung mengena sign sejenih yang lebih baik keadaannya..

U0R400t0



Saturday, 26 April 2014

... Bobo Jadian - Transformasi Volvo 165

Ramuan

1. Volvo 245 sebagai jentera utama
2. Volvo 164 sebagai jentera penderma
3. Reference dari pelbagai sumber
4. Foreman yang kreatif.

Tak perlulah saya ceritakan step by step. Semoga gambar ini dapat memberi ilham. Projek ini mengambil masa dua tiga hari sekiranya diberi tumpuan penuh. Cuma sedikit pemotongan di bahagian depan jentera utama perlu dilakukan. Manakala nose cut juga memerlukan pemotongan sedikit agar celuih masuk ke muka bobo 245 tue.. Selamat mencoba.