Sunday, 28 December 2014

GPS Purba

Jumpa di Kampung Berjaya dua hari lepaih.. baru tau rupanya pakcik yang jual. Telah berada bersamanya lebih kurang 40 tahun yaani sebelum dia kawin lagi.. dari negeri arab ia datang..

Gwe berminat.... tapi taktau la lagu mana nak pakai..



Wednesday, 3 December 2014

Socony Enamel Sign

Aku joi Bireley sign sebenarnya untuk habuan belanja mingguan. Maap.. terbabas bajet bulan ni. Tapi tiba tiba terserempak pulak dengan Socony ni kemarin. Pikiax punya pikiax, aku balaih jugak la..

Sebelum ni pernah dapat sign ni jugak tapi lain characternya. Size macam nak sama. Makanya aku dah punya dua Socony sign la ni.

Tapi mushkil juga samada Socony pernah dipasarkan di Malaya dulu. Socony adalah singkatan dari Standard Oil Co. New York. Depa ni bertukar nama beberapa kali. Laih sekali jadi Mobil. Socony, Standard Oil,Mobiloil, finally jadi Mobil. Pratt's, Esso, Exxon tu semua geng depa la tu.. Tak ingat pulak lagu mana salasilah untuk aku tulih dengan tepat malam ni.

Laih laih bungkuih semua... Mobil lenyap, Esso kena take over dan bertukar jenama ke Petron. Hebat wooo orang Malaysia buat reja ni...

Nindia photo yang aku dapat petang tadi. Barangnya belum tiba.


Bireley's Sign... sambungan

Nah.. baru tatsat photo ini singgah di whatsap, makanya aku update mana yang termampu aku tulih.

Lawa jadinya setelah lapisan cat tu dihilangkan. Pandai sahabatku dari Ipoh ini restore sebaik mungkin. Takjub juga jadinya.. Tahniah ya sahabat.

Bireley's


Sunday, 30 November 2014

Projek Orang Minyak

Idea untuk menulis dan mengeluarkan sebuah karya tentang koleksi koleksi nasional telah tercetus beberapa tahun lalu. Tak tahu la awat aku berminat sangat untuk menulis tentang oldskool dan vintage. Pernah suatu ketika dulu aku menulis untuk My Rides Magazine. Kebanyakannya dalam ruangan restorasi.

Namun bila masa berlalu, kecenderungan tentang kereta oldskool pun turut surut berlalu. Aku terjebak dengan barang barang lama especially signs dan mesin mesin lama. Mulanya nak tulis tentang local signage. Tetapi setelah selangkah menulis, cita cita itu tertunda dan aku menemui kebuntuan yang sangat lama. Sejak sebulan dua ini baru aku mula sambung kembali hikayat tersebut. Aku akhirnya kecilkan skop penulisan... yaani berkenaan barang barang minyak saja..

Belum ada judul untuk buku ini.. tapi aku dah bubuh title Orang Minyak buat buah mola.

Berkisar tentang sign, pam, tin, scene petroliana, automemorabilia, kisah suka duka para pemungut, restorasi dan lain lain. Telah aku contact beberapa sahabat orang minyak yang sudi berkerjasama menyumbang maklumat. Insyallah aku coba selesaikan ilham yang terbuku setakat ini..

Alamak... tak brani nak janji bila buleh siap..



Saturday, 29 November 2014

Bireley's Tin Sign







Aku pun tatau apa pasai langsung setuju beli sign ni. Keputusan dibuat split second time tu, kira kira tiga minggu lalu. Anyway kini dah aku setuju joi sign ni ke seseorang kemarin...

Misti hampa kata gila kan? Agaknya brapa duit harga tin karat ni? Eh... agaknya berapa ratuih harga aku beli? Eh.. berapa ratuih harga aku joi? Eh.. brapa ribu kalo orang tu berupaya buat magic dan joi balik?






Thursday, 27 November 2014

Hikayat Merong Mahawangsa

Sapa mau? Rm55 senaskah termasuk kos pos di Malaysia. Copy, perfect binding depa panggey.. seperti yang asal. Tapi ada la sedikit kesan marking dan kecacatan minimum.

Saya copy enam unit saja setakat ni..
0111.664.6660


Tuesday, 18 November 2014

Dunlop Trolley Compressor

Beli dah nam bulan dulu tapi kemarin baru pi amik tang Amcorp. Buleh tahan besax jugak la pam ni.