Thursday, 29 September 2016

Koleksi Shell 125 Tahun

Promosi Shell 125 tahun sedang berlangsung ketika ini. Anda perlu membeli minyak pelincir Shell bagi melayakkan anda membeli atau menerima koleksi Petroliana Shell.

Kalau pandai sembang, dapat la beli cenderahati ini tanpa syarat. Koleksi ini berpotensi menjadi collector's item kelak pada harga yang lebih tinggi.





Pelikan Ink dan Pekan Alor Jangguih

Pelikan Ink saya dapat dari kedai runcit lama bulan July lalu. Kedai harus dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru. Blok ini menempatkan lapan lot kedai lama. Empat kedai runcit lama masih beroperasi sebelum dirobohkan. Selebihnya dah jadi kedai pencen dan rumah kediaman.

" dah pat puluh tahun lebih rak ni tak berubah"

Ayat yang saya masih ingat ketika memborong beberapa biji perabot display lama ketika itu. Barang runcit pelan pelan surut berpuloh kali dok ulang pi.

Ketika ini blok ini sedang dirobohkan unit demi unit.... kasihan juga saya tengok.

Manakala minggu lepaih, sahabat baik hadiahkan poster kecik Pelikan Ink. Maka lengkap la susunan..



Friday, 29 July 2016

GEC Telefon Tanduk Jabatan Telekom









Kira kira tiga minggu lalu sy telah deal dengan seorang sahabat sebuah telefon jenis tanduk. Walaupun terdapat defect pada body serta unknown functionality, sy tetap beli jua. Pagi tadi di Kampung Berjaya sy menerima telefon ini.

Rupa rupanya brand GEC.

Buleh la nk buat display dulu sementara tunggu masa yang sesuai untuk menjual set ini pada yang berkehendak. Kepada sahabat2 yg pm saya hari ini, lebih sepuloh orang rasanya, sy sekadar bgtau yang set ini tidak dijual buat masa ni. Minta maaf sebab sy tak dpt nk buat pilihan pada siapa. Dan saya belum warwarkan harganya setakat ni. Tapi expected nilainya ialah rm950. Sy cuma berharap sahabat2 yang mengetahui harga dari blog ini boleh bersedia nnti. Saya belum reveal harga di fb.

Sekian.


Thursday, 23 June 2016

Saturday, 11 June 2016

Gambar Yang Dipertuan Agong

Mulanya nak kumpul semua 14 YDP Agong dari awai sampai la ni. Tapi tiba tiba rasa macam tak brapa nak simpan dah. Jadi, semuanya untuk dilepaskan semua sekali.

. Sultan & Sultanah Kedah
. Sultan & Sultanah Negri Sembilan
. Sultan & Sultanah Negri Sembilan (versi awal)
. Sultan Terengganu (terdahulu)
. Sultan Terengganu (sekarang)
. Sultan Perak (terdahulu)

Kesemua pernah bergelar YDP Agong.