Thursday 26 December 2013

Castrol Wakefield Enamel Sign Merah

Satu lagi enamel sign Wakefield yang aku beli beberapa tahun lalu dari ebay UK. Pada masa tu, semua kos termasuk penghantaran ke sini lebih kurang rm900. Buleh la.. sebab masa tersebut memang aku tengah gila dengan petroliana. Berukuran ~ 30"x20".

Harga yang aku nyatakan dalam setiap posting blog ini adalah rujukan persendirian semata mata. Sekiranya terdapat item yang akan dijual nanti, janganlah hampa nak mintak harga kos pula atau harga tak berperasaan. Tidak mustahil enamel sign ini akan diwartakan pada rm2xxx. Boleh jadi jugak akan dijual pada harga kawan kawan saja. Harga melantun lantun ada kalanya ikut musim dan mood jua. Harap kalian maklum permainan barang lama.

Pernah satu ketika dulu, satu enamel sign Shell sampai dari luar negara. Setibanya di Malaysia, aku telah dicall dan diberitahu item ini harus dikenakan caj extra ~ rm300. Tak ingat sapa yang call masa tu, tapi caj ada kena mengena dengan tax barang lama/antik/kastam dan sebagainya la. Alamak kos lagik... Maka berhati hati dengan hidden kos sebegini.



No comments:

Post a Comment