Tuesday, 6 November 2012

Yang Ini Pun Pam Juga














Berikut adalah beberapa pam minyak yang tak berapa champion. Ada yang aku sapu ada jugak yang aku biarkan saja di situ. Pam yang mempunyai bentuk terlalu simple dan tiada advertising sense aku tak berapa ambil kisah sangat walaupun kena dengan harganya. Ada juga pam generasi baru yang turut juga aku biarkan juga especially yang meter digital.

Aku kutip pam yang masih beroperasi dengan mekanikal counter buat masa ini dengan syarat fizikalnya sesuai sebagai display item; T-shape yang cute adalah pilihan, bukannya petak gemok.

.

Terdapat beberapa pam yang juga lama yang tidak cukup syarat untuk dipamirkan. Jika dijadikan hiasan sekalipun, ia tidak menarik dan berkemungkinan menyemak ruang sahaja. Namun sekiranya pam ini dipadankan dengan pasangan yang sesuai, hasilnya mungkin akan tampak berbeza. Pam kayuh dan diaphragm pump yang aku simpan belum sesuai untuk dipertontonkan dengan gaya menarik. Maka biarlah depa dok dalam bilik tu. Aku masih tercari cari partnernya iaitu tong dram berlogo lama untuk dijodohkan. Semoga hasrat tercapai!




















.

Manakala drum transfer pump ini pula belum siap sepenuhnya  Dah lama juga aku beli tapi terlupa pula aku untuk meluangkan masa mencari alat ganti dan melengkapkan pam ini.


Friday, 2 November 2012

Setboard; kami panggil dia dulu..

Aku edit setakat mana termampu saja lah sampai jadi seperti gambar kat bawah ni. Setboard..! Itu la nama yang dipanggil oleh kami semua dulu dulu masa ramai ramai di kampung. Kampung Baru KKM, Kedah. Aku tak ingat apa yang sebenar berlaku. Yang pasti penduduk satu kampung rela atau tidak rela perlu berpindah kerana kawasan tersebut di beli kerajaan; zaman Paklah memerintah. Maka berakhirnya sampan di kota...

Rumah lama tersebut masih menyimpan beberapa perabot lama akhirnya perlu dirobohkan. Kayu kayu yang masih elok diambil dan dipakai kembali. Tapi aku tak berapa tau apa dah jadi dengan setboard ni. Mungkin ditinggalkan saja. Walau pun dah usang, kayu lusuh ni dulu menjadi tempat aku simpan segala barang mak nenek. Dari pensel, plastesin, gasing, tudung menet, ikan semilai, gila gila, dan segala benda lagi....

Aku sedang mencari kalau ada sesiapa yang ada dan seiras in case nak dijual. Bahagian atas iaitu cermin kalau takdak pun takpa. By the way, benda ni dikenali dengan panggilan roll-top-desk di internet. tqvm Haji Musa.



























Edit dari gambar asal ni.



Tuesday, 9 October 2012

Embassy Sign 2.0

Kan dah jadi sepasang! Seperti barang barang terdahulu yang pernah aku tulih. Kini sepasang Embassy sign ni mencari pemilik baru. Satu yang aku punye dan satu lagi aku jual on behalf.

Sememangnya Malaya enamel sign semakin terhad ketika ini. Walaupun bengal sign semakin banyak masuk ke tanahair, namun aktiviti ini sama sekali tidak dapat menurunkan nilai Malaya sign. 


Monday, 1 October 2012

Mobil Collection

Bila sampai masanya dan kena harganya, aku nak jual keseluruhan koleksi yang aku miliki. 50k hampa mai amik semua yang aku ada setakat tahun Merong 2012. Kadang kadang aku rasa barang barang koleksi ini amat melalaikan aku sehingga perkara paling penting aku lengahkan dan abaikan. Tapi tu la.... dunia memang pandai memancing, aku buang yang ini dapat yang itu..

Koleksi Mobil ini antara yang aku masih simpan. Bermula dengan Mobiloil sign Bengal mali tup tup tup dalam masa tiga tahun terkumpul la sebahagian seperti gambar ni. Koleksi Mobil ini antara yang aku liat nak jual.... Tu la yang dinamakan fitnah dunia...

Sesapa offer aku satu lot aku mungkin jual juga. Anggaran kasar koleksi Mobil ni sekitar RM9k semua. Ini mengambil kira harga barang yang aku beli dari ebay directly, harga restoraton pada barang2 tertentu dan kos pos dari mana mana pelusuk dunia. Ada juga barang yang murah pada asalnya tapi akan jadi mahal bila dipairkan dengan barang barang kembarnya. Ada juga barang yang murah di tanahair tapi aku upkan harga mengikut harga terbaik samada di Malaysia dan market ebay & market petroliana.

Hampa takleh kata apa la pasal harga barang. Adakalanya effort yang telah dikeluarkan perlu dihargai juga. Permainan barang lama memang camtu dan harga yang adakalanya aku letak memang tinggi, tak patut bagi sesetengah orang tapi patut aku rasakan. Adakalanya juga barang yang aku beli pada harga tertentu aku bagi percuma juga sebagai hadiah di atas pembelian lain. Ada juga yang aku sedekahkan kerana aku rasa barang tersebut aku tak patut ambil untung darinya seperti boneka berhala dsb. 


Friday, 28 September 2012

Pompa Bensin Mobilgas


Pam lama ini antara barang champion yang aku jumpa tatkala melayari internet di Indonesia. Buatan Erie dari Amerika sekitar 1950an. Yang menariknya pam ini adalah new old stock condition dan diiklankan pada harga 18 juta rupiah. Aku turut mengambil kesempatan menelfon penjual. Memang dah agak dah. Ia terjual pada harga 11 juta setelah beberapa hari diiklankan. Aku tau la sebab aku call... Ketika itu 1 juta bersamaan RM340.00.

Kalau di ebay aku hampir pasti pam ini bakal close pada harga $1500.00 dan ke atas. Tu kalau barang sekenhen dan complete set. Di Malaysia pula aku anggarkan tak kurang RM 10,000.00 dan RM15,000 adalah harga terbaik yang boleh dicapai.





1940s Embassy Enamel Sign

Embassy enamel sign ini merupakan entry pertama yang bukan berkenaan minyak. Sign ini berukuran kurang lebih 42" tinggi. Lebar dia hampa agak agak sendiri la. Sign yang masih cantik berkadaran la dengan umurnya yang nian tua dan bakal dijual sekiranya ada pembeli yang berkenan. Indicative price untuk sign ini adalah rm???

Berkemungkinan menjelang 2013 nanti harga akan dikaji semula.




















* gambar dan lokasi bukan di kediaman aku naaa... email ke kuasaku@gmail.com untuk pertanyaan karena aku di luar kawasan.

Friday, 14 September 2012

Serba Sedikit Perihal Koleksi Petroliana

Ni kalau ikut pendapat aku lah...

Aku biasanya klasifikasikan koleksi koleksi Petroliana kepada beberapa peringkat. Yang terchampion adalah barang barang primary syarikat syarikat minyak yang digunakan pada zaman kegemilangannya. Barang yang sendiri digunakan syarikat sentiasa menduduki carta teratas. Ini termasuk pam, bebola lampu pam a.k.a pump globes, light box dan enamel signs.

Manakala tin tin, containers dan kaleng kaleng yang turut mempromosi jenama syarikat sentiasa menjadi runner-up. Walau bagaimana pun overall champion dikalangan barang barang primary ini masih lagi aku klasifikasikan mengikut tahun dan logo terawal. Kadang kadang material dan teknik pengeluaran/penghasilan turut aku telitikan. Tin sign takleh la nak jual senilai porcelain sign sebagai contoh.

Produk secondary seperti cendermata, cawan, topi, peta, buku, tin toys, fridge magnet, badges dan barangan lain yang menjenamakan syarikat minyak tak mungkin menjadi champion nombor satu. Namun bisa juga jadi runner up mengalahkan barang primary yang tak berapa rare seperi tin minyak 80an.

Produk produk additive atau brand minyak kelas ketiga atau zaman sekarangnya sebanding X1-R, produk penjimat minyak dsb tak termasuk dalam carta pilihan aku... wuhhuuuu...