Friday 14 September 2012

Serba Sedikit Perihal Koleksi Petroliana

Ni kalau ikut pendapat aku lah...

Aku biasanya klasifikasikan koleksi koleksi Petroliana kepada beberapa peringkat. Yang terchampion adalah barang barang primary syarikat syarikat minyak yang digunakan pada zaman kegemilangannya. Barang yang sendiri digunakan syarikat sentiasa menduduki carta teratas. Ini termasuk pam, bebola lampu pam a.k.a pump globes, light box dan enamel signs.

Manakala tin tin, containers dan kaleng kaleng yang turut mempromosi jenama syarikat sentiasa menjadi runner-up. Walau bagaimana pun overall champion dikalangan barang barang primary ini masih lagi aku klasifikasikan mengikut tahun dan logo terawal. Kadang kadang material dan teknik pengeluaran/penghasilan turut aku telitikan. Tin sign takleh la nak jual senilai porcelain sign sebagai contoh.

Produk secondary seperti cendermata, cawan, topi, peta, buku, tin toys, fridge magnet, badges dan barangan lain yang menjenamakan syarikat minyak tak mungkin menjadi champion nombor satu. Namun bisa juga jadi runner up mengalahkan barang primary yang tak berapa rare seperi tin minyak 80an.

Produk produk additive atau brand minyak kelas ketiga atau zaman sekarangnya sebanding X1-R, produk penjimat minyak dsb tak termasuk dalam carta pilihan aku... wuhhuuuu...

No comments:

Post a Comment