Satu lagi enamel sign Wakefield yang aku beli beberapa tahun lalu dari ebay UK. Pada masa tu, semua kos termasuk penghantaran ke sini lebih kurang rm900. Buleh la.. sebab masa tersebut memang aku tengah gila dengan petroliana. Berukuran ~ 30"x20".
Harga yang aku nyatakan dalam setiap posting blog ini adalah rujukan persendirian semata mata. Sekiranya terdapat item yang akan dijual nanti, janganlah hampa nak mintak harga kos pula atau harga tak berperasaan. Tidak mustahil enamel sign ini akan diwartakan pada rm2xxx. Boleh jadi jugak akan dijual pada harga kawan kawan saja. Harga melantun lantun ada kalanya ikut musim dan mood jua. Harap kalian maklum permainan barang lama.
Pernah satu ketika dulu, satu enamel sign Shell sampai dari luar negara. Setibanya di Malaysia, aku telah dicall dan diberitahu item ini harus dikenakan caj extra ~ rm300. Tak ingat sapa yang call masa tu, tapi caj ada kena mengena dengan tax barang lama/antik/kastam dan sebagainya la. Alamak kos lagik... Maka berhati hati dengan hidden kos sebegini.
Thursday, 26 December 2013
Castrol Wakefield Motor Oil Enamel Sign
Enamel sign ini jika di UK pernah diniagakan pada harga GBP150. Adakalanya harga agak tinggi sehingga melangkaui GBP500. Harga ini hanya sebagai rujukan dan tidak boleh dijadikan asas sekiranya diniagakan di negara kita. Sebetulnya, sekadar infomasi aku sendiri sahaja.
Berukuran ~ 20"x16" dan dikenal-pasti circa 1930s.
Berukuran ~ 20"x16" dan dikenal-pasti circa 1930s.
Monday, 23 December 2013
Advertising Signs
Aneka sign enamel/porcelain, kayu, plastik, tin dan aluminium.
Aneka ragam petroliana; pam, dispenser, tin dan globe
Beberapa koleksi rokok dan minuman
Gambar Lama Mempuanyai Kuasa..
Kadang kadang aku membeli bukan kerana ikutan. Namun aku harus juga mengakui yang kebanyakan barang yang terbeli sedikit sebanyak adalah atas ikutan jua.
Secebis gambar lama bisa saja mengubah dan memberi idea mengenai koleksi yang telah ditakdirkan untuk aku. Maka sejak beberapa tahun lalu aku sudah menintai ngintai sekiranya ada yang menarik untuk dijual oleh sahabat sahabat. Namun atas alasan harga yang agak tinggi aku biarkan saja peluang yang ada berlalu.
Hanya pada tahun ini aku berkesempatan. Walaupun sudah bercampur barang dan rojak, aku balaih jua. Maka berhasillah aku selesaikan satu impian yang tak pernah aku warwarkan.. Buleh la..
Gambar tahun 1977 atau 1978 dan terbaru tahun 2013.

Friday, 15 November 2013
Pedal Vespa
Last sekali jadi camni la rupanya. Masih ada beberapa bahagian yang nak kena add on dan touch up.
Buleh la... walau pun tak jadi seperti apa yang dok imagine dulu.
Jual tak jual, jual tak jual.?
Tapi anak aku tengah dok syox kayuh la ni..
Buleh la... walau pun tak jadi seperti apa yang dok imagine dulu.
Tapi anak aku tengah dok syox kayuh la ni..
Friday, 1 November 2013
332
Cedric 332 aku beli pada tahun 2008. Kereta oldskool kedua selepas Lambda. Telah mengalami transformasi perperingkat peringkat seperti enjin bulid, body restos, conversion dari auto ke manual, cat, engine to body alignment (sbb tak selari depa bikin dulu)
So finally... the decision to let it go or not.
So finally... the decision to let it go or not.
Tuesday, 29 October 2013
Dunlop - a must-have-sign
Bagi pungumpul barangan auto memorabilia, sudah pasti terdapat satu sign icon yang patut dipunyai oleh seseorang pengumpul. Jika anda berada di dalam kelompok penyimpan item kopitian, enamel sign F&N merah kuning merupakan a must have sign. Saya pasti anda dapat mengagak sign yang mana saya maksudkan itu.
Maka bagi squad auto memorabilia pula, saya berpendapat enamel sign di bawah adalah item yang harus dimiliki samada anda pengumpul barangan lokal mahu pun internadional. Sign dunlop berukuran 24" ini adalah token auto memorabilia collectors wodwide.
Sekian input untuk hari ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)