Saturday 15 December 2012

Di Sebalik Papan

Hari ini genap lah empat bulan aku bermastautin di negara orang. Kalau ikut kalkulasi lagi setahun lapan bulan baru buleh balik kampung. Dalam masa tu sempat juga aku masuk dan menceroboh kawasan kawasan hitam yang berpotensi menyimpan khazanah lama. Memang kebiasaannya aku akan fokus ke barang barang petrol dan seangkatan. Walaupun bandar minyak, tapi sangat jarang aku ketamui barang barang petrol berkualiti. Kalau terserampak pun kemungkinan besar payah dibeli atau diambil. Ini kerana aku masih belum berkesempatan berjumpa person incharge ke atas barang barang tersebut.

Berikut adalah snap shot tatkala aku sempat...

Sign lama Pertamina - Kuda Laut














.
Stesen yang sudah ditutup. Namun takde barang yang boleh diambil perhatian selain signboard saja.















.
Sign lagi. Tak boleh dibawak keluar atas dasar audit dan keselamatan syarikat.



















.
Terbaru. Jumpa tadi kat kedai sahabat. Tempayan peninggalan Kerajaan Kutai manakala meja kopitiam lama ni kira kira 60 tahun juga umur dia. Walau bagaimana pun aku bukanlah ahli dalam kes kes seperti ini.. Selamat tinggal sang tempayan.



No comments:

Post a Comment