Wednesday 19 December 2012

Mahal dalam Murah, Murah dalam Mahal

Terdapat banyak sekali barang barang koleksi yang mempunyai perbezaan ketara pada harganya jika dibandingkan antara lokal market dan oversea market. Apa yang saya cuba sampaikan adalah harga di Malaysia terlalu mahal manakala harga di luar Malaysia pula adalah murah. Pada barang barang lain pula situasi sebaliknya turut berlaku.

36" porcelain Coke button sebagai contoh boleh terjual pada harga $200. (aku pernah menang bid..) Manakala item yang sama di sini pernah dimaharkan pada harga Rm4000 ke RM6000. Terkini, 36" button sign berciri universal yakni tiada lokal expression boleh terjual pada rata rata kurang dari $500. Di sini, nilai lokal, sejarah, dari mana ia datang adalah sesuatu yang dapat menaikkan harga. Unsur unsur yang subjektif sebegini tidak dapat diukur, maka pandai pandailah menilik informasi.

Walau bagaimana pun terdapat pula sign yang kurang polular di sini malakala di UK ia dinilai pada harga yang agak tinggi. Ini kerana item item sebegini biasanya 'dijumpai' oleh runner pada awalnya. Manakala yang 'dijual' biasanya telah meniti dari tangan ke tangan yang lain. Biasanya sign rare yang tak popular tiada siapa yang ingin. Aku pun mau dalam tak mau jugak pada awalnya. Tapikan... barang barang berhantu canggini meme pandai merasuk minda. Apapun setelah dipertimbang baik buruk, tolak pi tolak mai buleh la buat koleksi walaupun rare tak glamer. Value yang ada pada sign ni mungkin pada title enamel sign yang dimiliki dan bukannya most sought after punya barang. Mungkin juga suatu masa nanti akan berlaku sesuatu yang ajaib? 














.
.
Oleh kerana tumbul komplikasi 'murah dalam mahal - mahal dalam murah' maka:
1) patutkah aku jual barang yang dibeli mahal dari luar mengikut pasaran Malaysia? 
2) dan bagaimana nak aku jawab kenyataan 'bro... mahal bro..!' sekiranya bro tersebut tak faham dari mana barang tersebut aku kutip?
3) barang 'kutip' berkemungkinan besar aku payah juga nak jual balik sekiranya terpaksa melipatgandakan harga bagi menyamai harga pasaran. 


No comments:

Post a Comment