Thursday, 20 December 2012
Wednesday, 19 December 2012
Mahal dalam Murah, Murah dalam Mahal
Terdapat banyak sekali barang barang koleksi yang mempunyai perbezaan ketara pada harganya jika dibandingkan antara lokal market dan oversea market. Apa yang saya cuba sampaikan adalah harga di Malaysia terlalu mahal manakala harga di luar Malaysia pula adalah murah. Pada barang barang lain pula situasi sebaliknya turut berlaku.
36" porcelain Coke button sebagai contoh boleh terjual pada harga $200. (aku pernah menang bid..) Manakala item yang sama di sini pernah dimaharkan pada harga Rm4000 ke RM6000. Terkini, 36" button sign berciri universal yakni tiada lokal expression boleh terjual pada rata rata kurang dari $500. Di sini, nilai lokal, sejarah, dari mana ia datang adalah sesuatu yang dapat menaikkan harga. Unsur unsur yang subjektif sebegini tidak dapat diukur, maka pandai pandailah menilik informasi.
Walau bagaimana pun terdapat pula sign yang kurang polular di sini malakala di UK ia dinilai pada harga yang agak tinggi. Ini kerana item item sebegini biasanya 'dijumpai' oleh runner pada awalnya. Manakala yang 'dijual' biasanya telah meniti dari tangan ke tangan yang lain. Biasanya sign rare yang tak popular tiada siapa yang ingin. Aku pun mau dalam tak mau jugak pada awalnya. Tapikan... barang barang berhantu canggini meme pandai merasuk minda. Apapun setelah dipertimbang baik buruk, tolak pi tolak mai buleh la buat koleksi walaupun rare tak glamer. Value yang ada pada sign ni mungkin pada title enamel sign yang dimiliki dan bukannya most sought after punya barang. Mungkin juga suatu masa nanti akan berlaku sesuatu yang ajaib?
.
.
Oleh kerana tumbul komplikasi 'murah dalam mahal - mahal dalam murah' maka:
1) patutkah aku jual barang yang dibeli mahal dari luar mengikut pasaran Malaysia?
2) dan bagaimana nak aku jawab kenyataan 'bro... mahal bro..!' sekiranya bro tersebut tak faham dari mana barang tersebut aku kutip?
3) barang 'kutip' berkemungkinan besar aku payah juga nak jual balik sekiranya terpaksa melipatgandakan harga bagi menyamai harga pasaran.
Brooke Bond Tea Enamel Sign
Tatkala aku berada di seberang telah muncul beberapa enamel sign di tanahair. Berita terkini menyatakan salah satu sign sedang mencari pemilik baru di pasaran gelap. Beberapa mms hinggap di handphone aku tapi malangnya aku tidak berjaya mendownload gambar yang ingin dipersembahkan buat tatapan. Sebenarnya aku memerima dua informasi dari seller yang berbeza. Tapi takpa la nak buat lagu mana. Aku di sini depa di sana.. entah bila bersua...
Sekadar verbal info aku menggoogle kot kot ada seiras seperti yang diceritakan. Terdapat beberapa variasi enamel teh ini sebenarnya. Dan wordings juga terdapat sedikit kelainan. Antara yang aku sharp shoot... mengena seiras sekali klik adalah gambar pertama nih. Cuma perbezaan pada feature tin teh yang dipromot manakala the other sign dibubuh gambar cawan.

.
.
Sign yang terpampang di internet rata rata bersaiz 20x30 inch manakala yang lebih besar bersaiz 3' lebar. Terdapat juga yang bersaiz lebih kecil hanya beberapa inch tinggi dan 1.5' panjang.
Tapi yang ni..... wuhhooo jackpot (syox sindri..)
.
.
Sekiranya sign ini dari jenama Lipton dan bersaiz sama value mungkin melangkaui RM4k. Hasil soal siasat tak rasmi la. Tapi yang ni Brooke Bond... nak memandai pun tak best la jugak kan! Walau bagaimana pun soal market price tak perlu la diambil pusing. Permainan barang cenggini tidak ada formula yang boleh dipakai secara general. Ada sign yang diishtiharkan beribu ribu mungkin juga terjual pada beberapa ratus ringgit. Pernah aku membeli satu sign pada harga sepersepuluh harga asal. Asalkan rezeki itulah harganya, itulah pemilik baru yang empunya.. Beli tak beli? Beli tak beli? Jual tak jual? Jual tak jual?
... bersiaran dari Balikpapan kota beriman.

Saturday, 15 December 2012
Di Sebalik Papan
Hari ini genap lah empat bulan aku bermastautin di negara orang. Kalau ikut kalkulasi lagi setahun lapan bulan baru buleh balik kampung. Dalam masa tu sempat juga aku masuk dan menceroboh kawasan kawasan hitam yang berpotensi menyimpan khazanah lama. Memang kebiasaannya aku akan fokus ke barang barang petrol dan seangkatan. Walaupun bandar minyak, tapi sangat jarang aku ketamui barang barang petrol berkualiti. Kalau terserampak pun kemungkinan besar payah dibeli atau diambil. Ini kerana aku masih belum berkesempatan berjumpa person incharge ke atas barang barang tersebut.
.
Stesen yang sudah ditutup. Namun takde barang yang boleh diambil perhatian selain signboard saja.
.
Sign lagi. Tak boleh dibawak keluar atas dasar audit dan keselamatan syarikat.
.
Terbaru. Jumpa tadi kat kedai sahabat. Tempayan peninggalan Kerajaan Kutai manakala meja kopitiam lama ni kira kira 60 tahun juga umur dia. Walau bagaimana pun aku bukanlah ahli dalam kes kes seperti ini.. Selamat tinggal sang tempayan.
Berikut adalah snap shot tatkala aku sempat...
Sign lama Pertamina - Kuda Laut
.
Stesen yang sudah ditutup. Namun takde barang yang boleh diambil perhatian selain signboard saja.
.
Sign lagi. Tak boleh dibawak keluar atas dasar audit dan keselamatan syarikat.
.
Terbaru. Jumpa tadi kat kedai sahabat. Tempayan peninggalan Kerajaan Kutai manakala meja kopitiam lama ni kira kira 60 tahun juga umur dia. Walau bagaimana pun aku bukanlah ahli dalam kes kes seperti ini.. Selamat tinggal sang tempayan.
Tuesday, 6 November 2012
Yang Ini Pun Pam Juga

Berikut adalah beberapa pam minyak yang tak berapa champion. Ada yang aku sapu ada jugak yang aku biarkan saja di situ. Pam yang mempunyai bentuk terlalu simple dan tiada advertising sense aku tak berapa ambil kisah sangat walaupun kena dengan harganya. Ada juga pam generasi baru yang turut juga aku biarkan juga especially yang meter digital.
Aku kutip pam yang masih beroperasi dengan mekanikal counter buat masa ini dengan syarat fizikalnya sesuai sebagai display item; T-shape yang cute adalah pilihan, bukannya petak gemok.
.
Terdapat beberapa pam yang juga lama yang tidak cukup syarat untuk dipamirkan. Jika dijadikan hiasan sekalipun, ia tidak menarik dan berkemungkinan menyemak ruang sahaja. Namun sekiranya pam ini dipadankan dengan pasangan yang sesuai, hasilnya mungkin akan tampak berbeza. Pam kayuh dan diaphragm pump yang aku simpan belum sesuai untuk dipertontonkan dengan gaya menarik. Maka biarlah depa dok dalam bilik tu. Aku masih tercari cari partnernya iaitu tong dram berlogo lama untuk dijodohkan. Semoga hasrat tercapai!
.
Manakala drum transfer pump ini pula belum siap sepenuhnya Dah lama juga aku beli tapi terlupa pula aku untuk meluangkan masa mencari alat ganti dan melengkapkan pam ini.
Friday, 2 November 2012
Setboard; kami panggil dia dulu..
Aku edit setakat mana termampu saja lah sampai jadi seperti gambar kat bawah ni. Setboard..! Itu la nama yang dipanggil oleh kami semua dulu dulu masa ramai ramai di kampung. Kampung Baru KKM, Kedah. Aku tak ingat apa yang sebenar berlaku. Yang pasti penduduk satu kampung rela atau tidak rela perlu berpindah kerana kawasan tersebut di beli kerajaan; zaman Paklah memerintah. Maka berakhirnya sampan di kota...
Rumah lama tersebut masih menyimpan beberapa perabot lama akhirnya perlu dirobohkan. Kayu kayu yang masih elok diambil dan dipakai kembali. Tapi aku tak berapa tau apa dah jadi dengan setboard ni. Mungkin ditinggalkan saja. Walau pun dah usang, kayu lusuh ni dulu menjadi tempat aku simpan segala barang mak nenek. Dari pensel, plastesin, gasing, tudung menet, ikan semilai, gila gila, dan segala benda lagi....
Aku sedang mencari kalau ada sesiapa yang ada dan seiras in case nak dijual. Bahagian atas iaitu cermin kalau takdak pun takpa. By the way, benda ni dikenali dengan panggilan roll-top-desk di internet. tqvm Haji Musa.
.JPG)
Edit dari gambar asal ni.

Tuesday, 9 October 2012
Embassy Sign 2.0
Kan dah jadi sepasang! Seperti barang barang terdahulu yang pernah aku tulih. Kini sepasang Embassy sign ni mencari pemilik baru. Satu yang aku punye dan satu lagi aku jual on behalf.
Sememangnya Malaya enamel sign semakin terhad ketika ini. Walaupun bengal sign semakin banyak masuk ke tanahair, namun aktiviti ini sama sekali tidak dapat menurunkan nilai Malaya sign.
Subscribe to:
Posts (Atom)