Thursday 26 December 2013

Castrol Wakefield Enamel Sign Merah

Satu lagi enamel sign Wakefield yang aku beli beberapa tahun lalu dari ebay UK. Pada masa tu, semua kos termasuk penghantaran ke sini lebih kurang rm900. Buleh la.. sebab masa tersebut memang aku tengah gila dengan petroliana. Berukuran ~ 30"x20".

Harga yang aku nyatakan dalam setiap posting blog ini adalah rujukan persendirian semata mata. Sekiranya terdapat item yang akan dijual nanti, janganlah hampa nak mintak harga kos pula atau harga tak berperasaan. Tidak mustahil enamel sign ini akan diwartakan pada rm2xxx. Boleh jadi jugak akan dijual pada harga kawan kawan saja. Harga melantun lantun ada kalanya ikut musim dan mood jua. Harap kalian maklum permainan barang lama.

Pernah satu ketika dulu, satu enamel sign Shell sampai dari luar negara. Setibanya di Malaysia, aku telah dicall dan diberitahu item ini harus dikenakan caj extra ~ rm300. Tak ingat sapa yang call masa tu, tapi caj ada kena mengena dengan tax barang lama/antik/kastam dan sebagainya la. Alamak kos lagik... Maka berhati hati dengan hidden kos sebegini.



Castrol Wakefield Motor Oil Enamel Sign

Enamel sign ini jika di UK pernah diniagakan pada harga GBP150. Adakalanya harga agak tinggi sehingga melangkaui GBP500. Harga ini hanya sebagai rujukan dan tidak boleh dijadikan asas sekiranya diniagakan di negara kita. Sebetulnya, sekadar infomasi aku sendiri sahaja.

Berukuran ~ 20"x16" dan dikenal-pasti circa 1930s.








Monday 23 December 2013

Advertising Signs

Sebahagian dah dijual manakala sebahagian besar masih tersimpan. Sayang pulak nak lepaskan.

Aneka sign enamel/porcelain, kayu, plastik, tin dan aluminium.
Aneka ragam petroliana; pam, dispenser, tin dan globe
Beberapa koleksi rokok dan minuman

Gambar Lama Mempuanyai Kuasa..

Kadang kadang aku membeli bukan kerana ikutan. Namun aku harus juga mengakui yang kebanyakan barang yang terbeli sedikit sebanyak adalah atas ikutan jua.

Secebis gambar lama bisa saja mengubah dan memberi idea mengenai koleksi yang telah ditakdirkan untuk aku. Maka sejak beberapa tahun lalu aku sudah menintai ngintai sekiranya ada yang menarik untuk dijual oleh sahabat sahabat. Namun atas alasan harga yang agak tinggi aku biarkan saja peluang yang ada berlalu.

Hanya pada tahun ini aku berkesempatan. Walaupun sudah bercampur barang dan rojak, aku balaih jua. Maka berhasillah aku selesaikan satu impian yang tak pernah aku warwarkan.. Buleh la..

Gambar tahun 1977 atau 1978 dan terbaru tahun 2013.