Enamel sign ini juga berpasang. Satu aku beli di Amcorp satu lagi di Alor Setar. Sign Cargoyle ni sekiranya original merupakan barang champion juga. Berukuan 16" panjang. Boleh terjual di ebay melebihi USD250. Datang dalam pelbagai bentuk yang seiras tapi tak sama kalau perati betui betui.
Sign yang aku simpan ni aku percaya bukanlah yang asli, namun pembuatanya masih memalui proses enamelling yang sama. Tapi kualiti wordingnya kurang memuaskan, Sekadar suka suka buleh la. Kemungkinan besar barang dari India. Hasil selidik tak rasmi, paling murah boleh dibeli pada RM120 dari seller yang bertaraf kawan kawan. Kalau bukan kawan kalu harga buka biasanya dalam lingkungan RM300. Ada jugak yang bukak harga melebihi RM500. Jadi kalau nak beli jangan la terlalu ikut harga easy.my tu yah!
Sign Shell Sold Here ni berkemungkinan besar dibuat sekitar 20an. Sign ini mengiklankan 2-gallon can yang merupakan cara penjualan terbaik ketika itu. Motor spirit ditinkan oleh pengeluar akan diedarkan kepada umum melalui perkhidmatan keretapi, kereta kuda dan yang tercanggih ketika itu adalah truck oldskool berbody kayu! wuhhuuuu... 2-gallon can ini dijual di garage garang private yang ditumpang-sewa oleh pengeluar/pembekal. Sign Sold Here pun dipasang pada dinding garage garage tersebut dengan kominyen pengiklanan diberi.
Sign ini kalau megikut csi yang aku buat, sepatutnya berukuran 4'x2.5'. Kebanyakannya taktau la awat yang putus di sebelah kiri. Kedua dua sign ni bahagian kiri dah ilang. Pernah aku ketemu sign sama yang mengiklankan logo kerang turut ilang bahagian kiri.
Sign pertama seperti (atas) aku beli pada harga RM120 selepas 50-50 mau beli dek keadaan yang sangat uzur dan terpotong sedikit di kanan bawah. Tapi lepas tu kena bikin balik la seadanya...
Sign kedua (kat bawah) kalau hampa bisa nampak... tu tertera harga bukak dia kat situ... Segan pulak nak tanya bila harga dah mencanak cam tu... Nasib baik aku tanya jugak! So dapat la sepersepuluh harga asal. In case aku nak jual kesemua koleksi aku nanti, jangan hampa dok refer harga ni! Aku ada format harga aku sendiri kalau nak jual!
Tuesday, 28 August 2012
Friday, 24 August 2012
Bodyparts Mazda RX3
Barang barang champion berikut merupakan reproduction yang aku copy dari barang asal Mazda RX3 12A. Walaupun ciplak, mana lagi nak kita cari. barang original masih buleh kedapatan tapi memandangkan nilai yang tinggi melambung, ada baiknya dipakaikan barang ciplak saja memandangkan kereta oldskool terdedah kepada kecurian dan kemalangan.
Nosecone 12A RM850
Head Light Surround RM280
(kalau beli dua dua combo RM1000)
12A Grill sudah tak aku jual. Beli dari Australia saja kalau berkehendak sangat AUD300 kalau dia tak revise harga.
Ducktail RM280. Hanya boleh dipakai pada body coupe saja.
Kesemua barang di atas adalah fibre glass. Memandangkan aku tiada di tanahair sehingga beberapa tahun akan datang, kalian bisa email ke aku aja. Akanku bagi contact sole agent di Malaysia iaitu Sheikh Kacak Embun. Cari dia di Mazda classic group fb
http://www.facebook.com/groups/207588109264906/

Thursday, 23 August 2012
...berpasang pasang
Setelah kian lama menjadi collector amatur, baru aku sedar yang sebenarnya hampir kebanyakan barang yang aku pernah miliki datang perpasangan tanpa dirancang. Ada yang dah dijual dan ada yang masih aku simpan.
Sign pepsi ni aku beli di ebay. Masing masing telah aku menang pada harga USD 25 dan USD 67 kalau aku masih ingat dan tak salah type. Satu dah dijual ntah ke anak sapa ntah. Satu lagi ada pada cafe adik aku dalam UiTM Shah Alam. Pi la tgk kalau nak. Aku jual pada harga RM300 kalu orang tanya... biasanya orang mintak nego la...

Fire extingusher ni pulak aku beli dari Perak. Dibuat sekitar tahun 50an. Dah lama jugak la aku simpan dalam tahun 2010 kalau tak salah. Pasangannya aku dapat dari Cik Jamil madu tiga di Subang. Kedua dua barang aku dapat selang waktu yang sama la kiranya. Dua dua dah di jual ke seorang collector tegar dari Banting dalam 4 bulan lepas. Dua tahun baru dapat letgo. Beliau sangat aktif di k.e.b.a.l.
Selang dua bulan itu macam aku terjumpak yang lebih champion tapi tak berapa cantik bodynya. Asal dari kampar aku bok balik ke Shah Alam. Pasangan nya aku dapat lebih awal di Penang dari collector tegar Saudara Mohamad aku pangge dia. Extingusher jenis ini kalau yang masih mantap dijual pada harga RM600. Hampa pi tanya kat kompleks PKNK Kanchut. Tu antara yang mahai la. Menurut kajian tak rasmi, yang molek siap stiker asal mungkin senilai RM450. Kalau hampa buleh beli murah dari tu kira buleh buat modai la.... tapi ambik masa nak jumpa tuan baru. Kedua dua ni aku buleh bagi RM500 sepasang. Kalau nak satu aku bagi RM280.
Shell Cap Ayam dan lain lain... Lain kali la naaa aku tulih balik...
...Tosco Racing Wheel
Hari kedua di Balikpapan aku masih kelam kabut. Rumah masih kosong, Pinggan magkuk aku kena cari di kawasan berhampiran. Balik ni kononnya nak goreng ikan, last last tak jadi dek takdak guruih api. Keluar la baik naik ojek. Dah dua kali keluar pi balik naik ojek! Kat Malaysia takdak sistem pengankutan yang sangat efisien ni...
Dalam kekalutan aku terserempak barang yang buleh dikatakan champion bagi kaki kaki oldskool sedunia. Tosco racing wheel. Rim ni aku dah terperasan sejak beberapa bulan lalu sebelum aku berpindah sepenuhnya ke rantau ini. Takkan takdak orang nak ambik kot...
Jadi peluang kali ini aku memberanikan diri bertanya walaupun aku pakai loghat orang luar. So finally aku sambar rim ni. Dari harga 3 jutaan lebih, aku nego sampai jadi 2 juta tanpa ban. Ban itu apa...? Ban tu tayar!
Tosco ni adalah pelapis kedua tanpa logo asal Toyota Sport Corner. Logo TRD teremboss kat depan. Overall rim ni tak berapa cantik sebab ada bekas grinding... tapi buleh la nak buat modai.
Spec: 13x8, PCD 114.3, berat sebijik kurang dari 6 kg. Agak berat kalau dibandingkan dgn rim rim berteknologi terbaru tapi yang ni pun dan magnesium wheel dah ni.
Shell Gas Pump Globe
Globe Shell ini aku beli minggu ke tiga pada bulan puasa lepas sebelum aku berhijrah ke seberang. Pembelian yang tak disangka sangka setelah hasil bual bicara dengan taukey kedai tu yang sebenarnya menunggu kedatangan seseorang yang ingin membeli globe berkenaan. Last last aku rembat dulu barang yang tak berapa champion ni.
Asal dari Segamat, berpindah ke Amcorp Mall beberapa hari dan akhirnya kini menetap di rumah aku. Menurut cerita yang disampaikan, globe ini kepunyaan taukey arak di Segamat yang turut mempunyai lesen jual petrol suatu masa dahulu. Badan pam dah dijual ke besi bruk dek keadaan yang kurang memuaskan. Dianggarkan dibuat pada era 30an atau 40an. Berukuran 6" diameter tapak, 16" tinggi dan 12" gemuk! Walau bagaimanapun ia sudah mempunyai kecacatan pada tapak.
Aku turut memburu badan yang sesuai dengan globe ini. Kalau tuan tuan nak tolong.... Alhamdulillah! Email ke aku yah...!

Monday, 13 August 2012
Barang Champion
...aku perkenalkan blog barang champion ini yang mungkin sebenarnya membicarakan barang barang lama yang tak berapa champion, barang yang hampir champion dan champion olok olok mengikut penilaian logik akal yang nian terbatas pengetahuan segala!
Subscribe to:
Posts (Atom)