Wednesday 21 June 2023

Lukisan Bidai Kayu

Ambik kesempatan warwarkan kerja² sampingan saya di masa lapang. Tak lapang pun saya buat juga kalau mood mai. 

Biasanya saya lukis atas bidai berukuran 4x6 kaki. Harga terkini rm590 ke rm900 ikut design. Design rumit sy caj tinggi la. Kalau nak tengok yang dah terjual, lawati fb Pakwa Niaga dan cari album 'Lukisan Bidai...' Saya dah lukis hampir 60 lembar bidai setakat ni. 9 atau 10 sudah ke Singapura. Kebanyakan terjual kepada kenalan fb. 

Kalau saya terjumpa design yang menarik, saya lukis kalau saya nak. Untung² dapat jual sewaktu dalam proses melukis. Tapi ada juga yang belum terjual. Pendekatan terbalik adalah minta design yang pelanggan nak. Sepas siap terus boleh jual. Kadang² dalam pada melukis tu, tambah lagi satu permintaan untuk design yang sama. 

Bidai terlaris yang saya lukis adalah tema F&N. Ada tema yang saya lukis sampai 4 kali atau tiga kali.. 

Contoh yang dah siap dan hampir siap.. 





Bedak Sudir

Dah banyak tahun juga sy tak kemaskini laman ni. Banyak benda yang boleh saya siarkan, tapi saya lebih banyak bermain di fb sebab lebih mudah di sana. 

Sabtu lepas pi ronda ke arah Padang Besar dari Alor Setar bersama dua sahabat malim pungut. Sempat singgah ke beberapa spot kedai lama. Maka dapat la beberapa biji bedak ni.. Saya pun baru tau rupanya ada Bedak Sudir dalam pasaran kita dulu. Lepas tu baru tau ada lagi beberapa barangan kecantikan lain juga atas jenama Sudir.

Jadi la dapat empat biji bedak ni yang baru, belum dirasmikan lagi. Mola² comot. Lepas lap, lawa la kawan tu.

Joi sebiji rm1xx. Est buleh pi 2xx juga la sebiji tahun 2023.





Monday 29 November 2021

Phoenix Bangkit Dari Abu

Alhamdulillah, dapat balik access ke blog ni. Dah 3 tahun tenggelam sebab tak jumpa jalan masuk. Rupanya ada sesuatu yang perlu dikemaskini. 

Ingatkan dah kena sekat atau salah guna username. 

Wednesday 5 September 2018

Bendera Kerajaan Srivijaya

Bendera Kerajaan maritim Srivijaya. Barang dah tak dak dah. Oleh yang demikian, saya seperti biasa buat la satu replika bendera ni..













Sebagai maklumat, Kerajaan Melayu Srivijaya dipercayai bertapak seawal kurun ke 7 masehi atau lebih awal.

Tuesday 28 August 2018

Peluang Kerja, DoReMi

Sign 'Peluang Kerja' ni pada mulanya sekadar suka suka saya berkarya. Dilukis di atas kayu lama. Ada lebihan papan almari lama, saya lukis lah... Nak bertukang, kekurangan alatan la pulak masa tu..

Alhamdulillah ada peminat juga.. Saya dah siapkan 5 keping. Boleh jadi kena buat lagi..

Tiada royalti buat bakat bakat yang menjayakan sketsa ini. Oleh yang demikian, saya pohon kepada pembeli pembeli sign ini dari saya supaya menghadiahkan Al Fatihah kepada mereka. Al Fatihah..



Sign asal; dari filem DoReMi.

Friday 3 August 2018

Bendera Lama Kedah

Bendera Lama kerajaan Kedah digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II. Bendera ini diturunkan Siam pada tahun 1831 di Kota Kuala Kedah berikutan kekalahan Kedah di dalam perang pada tahun berkenaan.

Bendera Merah Harimau Melompat; itulah ia dikenali.

Walau bagaimanapun, bendera di bawah adalah sekadar gubahan saya saja. Adaptasi dari sumber yang terhad. Saya belum berjumpa dengan bendera yang asal yang lebih terperinci grafiknya... Mohon jangan dijadikan rujukan ilmiah dengan gubahan saya ni.