Thursday 22 May 2014

Tin Minyak Sebagai Tema Petroliana















Antara barang wajib yang sangat memberi impak pada dekorasi petroliana adalah koleksi tin pelbagai jenama. Oleh kerana warna yang menawan sebagai marketing items oleh pihak pengeluar, koleksi pin minyak sangat memainkan peranan dalam memeriahkan suasana galeri anda.

Pada peringkat awal, koleksi tin yang tak sebanyak nama, memang kurang memberi impak. Namun bila dah banyak, dan sekira boleh memenuhi dinding galeri anda, maka kerasukan pasti terasa. Koleksi tin karat aku walaubagaimana pun masih dalam kotak. Almaklum la aku masih di seberang tika ini. Insyallah bila dah kembali nanati aku mau la jugak sediakan mini galeri buat koleksi yang aku ada..

Sejak beberapa tahun bebelakangan, tin minyak lokal masih dijual antara rm30-rm50 setin. Dan minyaknya masih penuh unopened gitu.. Tapi ada juga yang mencanak jugak nilainya. Kalo barang lama, logo lama ku sambar jua..

.... just in case kalian nak jual tin tin sebegini, bagi tau naaa... Nak jugak mengumpul lagi. Tapi aku prefer bulk buy lah... Sebijik sebijik tak beshhh!









Friday 9 May 2014

Pusat Bandar Shah Alam Terdahulu

Pernah aku diceritakan yang asal bandar Shah Alam bermula dari sini. Seterusnya berkembang menjadi bandaraya yang sangat luas. Makanya kawasan ini menjadi ia sedikit terpencil setelah zaman berlalu.

Gambar ini diambil pada tahun 2012 sebelum aku berhijrah ke Borneo. Sengaja aku ilhamkan di blog ini sebagai memori hari tua nanti. Pada tahun ini juga aku ada mendengar yang bangunan ini dah di beli orang. Ntah la apa nasibnya nanti.

 Cuma beberapa langkah dari Komuter Batu Tiga.


Thursday 8 May 2014

Radio Flyer Wagon

Barang ni antara yang jarang aku jumpa. Mulanya aku ingatkan sebuah trolley semata mata. Seller tu pun mulanya tak brapa pasti juga. Ya la... Pernah dibuat trolley untuk mengangkut surat habax.

Last last, baru aku tau benda ni sebenarnya mainan budak. Kira kereta sorong la. Buleh la aku groupkan sekali dalam kategori pedal car, pedal vespa dan mainan yang seumpamanya.


















Kalo di negara omputih, banyak modifikasi yang depa buat. Antara yang aku minat adalah rat rot radio flyer.. Buleh la aku try nanti kalo tak sayang barang.
















Untuk info; wagon ini masih lagi dikeluarkan hingga sekarang, termasuk model vintage.