Wednesday 23 December 2015

Tengah Susun Shell Corner Sat..

Dah pindah balik ke Kedah finally. Maka dapat la saya gantung dan tebuk dinding rumah. Selama ni tak brapa nk tebuk rumah orang selama menetap di Klang Valley sejak tahun 95 lagi.

Sekepin gambax di sudut Shell. Molanya cuma nak letak sat saja, nanti nanti baru nak susun lain. Tapi nampak gaya bubuh situ teruh la. Cik Avery Hardoll pun dah ada kepala balik, tapi belun buleh menyala lg.. tgu sat na, tgu tnb mai pasang api dulu.

Sekian coretan hari ni..


Wednesday 4 November 2015

Tengkolok

Saya tiada clue tentang costume ini. Cuma info dari penjualnya, diperolehi dari Negri Sembilan. Berusia 70 tahun lebih kurang. Juga tak pasti samada songketnya kah yang 70 tahun atau dibuat soleknya 70 tahun lalu.. anyway, saya clueless.. penulisan ini sekadar untuk rekod saya saja.

Takut lupa!





Monday 2 November 2015

..berniaga di Wood & Steel Subang U3

31 oktober dan 1 november

Sekali sekala ubah selera sikit. Ada kelebihan dan kekurangan juga.. biasanya di Anger Mall buleh santai rilek rilek, dah kenai regular customer dll. Kali ni, tempat baru, event pun sekali sekala.. dan belum tau barang apa yg buleh dijual. Salah bawa barang, naya..

Tapi di tempat baru dapat jumpa orang baru, customer baru, mat saleh, artis, mcm ragam dok ada... barang kategori lain sikit, suasana juga lain...

Petang tu ujan melanda... booth runtuh.. tp takpa la.. pengalaman baru.




Wednesday 28 October 2015

Sign Michelin dan Dunlop

Untuk rekod saya saja.. sign sign ni dah selamat meluncur ke Ipoh last week.

Terima kasih pembeli bertuah..



Tin Castrol Lama









Ramai juga yg tanya secara tak langsung brapa harga tin minyak keluaran lama ni. Saya pun jadi payah nak jawab sebab tiada harga tertentu. Tin minyak bukan macam permainan duit lama.

Saya pun dalam dilema juga... nak jual sayang, nak beli macam tak berlaloi juga kalo harga agak tinggi. Tapi kena faham juga kerana benda ni pelan pelan surut..

Tin Castrol macam ni pernah saya beli pada harga rm30, tin memang cun. Pat lima tahun dulu.. pernah juga sy beli rm90 tapi tak cun sangat. Harga macam tu buleh lagi kita dapat sekiranya direct dari orang tua atau runner. Kedai scrap buleh lg morah la. Kalo dari kedai antik atau kolektor, biasanya lebih dari rm100 sebijik, tak kira size kecik atau besax. Kalo jumpa kat event, harga bukak dah rm300 satu.. ini berdasarkan pengalaman saya dok pi tanya penjuai2 tin minyak. Harga main petik saja... maka pandai2 la berlakon buat2 bodo taktau apa2 bila merisik.

Tin cacat pun orang letak rm50-rm60 sebijik la ni..

Tin di bawah ni tin cacat. Bila org minta nk beli sy pun taktau nk jawab, maka lebih baik saya simpan sj lah..



Monday 26 October 2015

Voltage Photoshoot..

Tengah takdak reja nih... Sambey tunggu hujan sereyat, saya update blog ni.. bersiaran dari Tat Nasi Ayam, Subang Bestari.

Pinjam wifi sat na Abang Jamal..




Jata Negara

Ada kawan baik mai bagi kat saya. Saya tanya harga dia takmau bgtau. Suruh ambik dulu... Saya pun ambik la buat hiasan dinding.

Terima kasih ya sahabat..

Ada sapa tau dak versi ni digunakan sejak bila?














Sedikit maklumat ringkaih..


Friday 16 October 2015

Elf Sign

Antara sign petroliana terawal yg saya miliki dulu. Sign ELF bersama bingkai besi. Double sided sign.

Beli dari Paklang Antik lama dulu dalam tahun 2010 rasanya.




Tuesday 22 September 2015

Bidai Berwajah Lama

Orang arab balik arab, berjubah laboohh..
Teman jauh jangan harap jadi sahabat dalam tubuh.



Nindia bidai..

Saya try cari dlm hp dah tak jumpa yg dah siap... sabax sat na.. isuk lusa update lg..






Lukisan Bidai by Pakwa Kola Kedah

Bidai dan lukisan.

Contiang contiang contiang, jadi la lagu ni. Kebanyakannya lukisan ilham dari iklan dan gambar lama. Nak lukih ataih bidai baru buleh, bidai lama pun buleh.

Kalo nak tempah, sila hubungi saya. Anggaran harga:

Lebar 3'   : rm350
Lebar 4'   : rm450
Lebar 6'   : rm650
Lebar 8'   : rm850

Harga pergantung pada harga semasa bidai. Buat masa ni harga terbaik adalah rm 5.20 sekaki persegi. Ada juga yg lagi mahai, bergantung kepada supplier.

Step by step bidai yg sy buat kat bawah ni.. malaih nk selesaikan.

Isuk lusa saya update mana yg dah siap..




Friday 18 September 2015

tentang Vespa ...sculpture kot!

Taktau nak bagi nama apa benda ni. Ilham asal sekadar wall decor item. Hasil usahasama Pakwa & Co di Sungai Buluh. Item telah terjual.

Vespa addic item. KKK concept. Kayu, keluli kimpal, karat dan kolourful.



Kuala Tawai









Volumetric painting
Oil on canvas
33" x 44"


Kuala Tawai dilanggar Geruda

Painted by pakwa
Concept by pakwa
Arrangement by pakwa

Kayu, kulit, keluli, kertas & kanvas




Thursday 3 September 2015

Replica Avery Hardoll

Saya mengambil masa lebih kurang 4 hari untuk menyiapkan sebijik replica Avery Hardoll ni..  Projek mengejut yg mulanya main main, tapi jadi betul betul. Sy bersama rakan rakan Pakwa & Co dan Shahzan Jet Engine Sungai Buluh sempat menyiapkan tiga biji promo items untuk event vintage di Garage KL, Ulu Klang yg berlangsung pada 29 & 30 Ogos lalu.

Ni projek pam minyak! Projek Vespa, tunggu saya update pada entry lain nanti..

Model pam ini dibuka untuk tempahan sekiranya ada pihak yang berminat. Call saya 011.32666654.




Thursday 16 July 2015

Wednesday 15 July 2015

Sedikit Info Avery Hardoll yang Baru Dipungut

1. Versi clock face Avery Hardoll
2. Terdapat versi electric dan versi hand operated
3. Buleh jadi hand operated adalah versi awal (19xx), manakala electric powered versi upgraded (1953)
4. Clock face dial panel adalah enamel printed process
5. Max 20 gallons
6. Berukuran 400x700x2200 mm termasuk globe
7. Rekod harga: £875 tahun 2012 di UK
8. Tapi jangan bandingkan dengan suasana petroliana di sini. Buleh jd morah buleh jd lagi mahai lagi
9. Buatan England

Sekian


Tuesday 14 July 2015

Alamak... Kawanku Jumpa Avery Hardoll..

Bertuah la badan hai kawanku yang sorang ni... dengan pungutan terakhir sebelum menjelang hari raya isuk lusa ni. Avery Hardoll pump model 50an..

Molanya cuma rangka yang agak comot Lepastu korek punya korek jumpa juga kulitnya..







Sunday 12 July 2015

Bidai Gargoyle Mobiloil

'tiada lain minyaq yangpaling baiq seperti mubiluil'

Berukuran 4'x6'
Rm530

011.32666654


Saturday 4 July 2015

Sign Mobil Kuda Terbang














Sign plastit Mobil. Berukuran 5' diameter. Nak gantung tang mana taktau lagi. Insyaallah bubuh di Kola Kedah kot nanti.. macam nak buat cafe open air kat tepi pantai tu nanti.. mudah mudahan bermanfaat.

Saturday 20 June 2015

...akhirnya aku kikih sign ni!










Molanya nak buat properly. Tapi tu la... ada mood baru buat. Takdak mood tak buat. Maka di pagi Ramadan hari yang ketiga ni tiba tiba rasa macam nak buat sesuatu. Paint remover tak beli lagi. Aku try dengan ospho, tapi tak lut. Ternampak pulak gunting tepi pintu... maka kikih adalah jalan terbaik. Tak payah pi kedai, tak payah pi atm, tak payah pi beli papa.

Aku start kikih sikit sikit. Macam ok jadinya. Tapi kena pelan pelan sebab dia buleh bagi lekat bekaih. Tapi takpa... bekaih tu berpotensi hilang jua kelak. Aku teruih kikih sampai habih. Tapi kan... bahagian yang berkarat agak sukar. Tambahan pulak dia dah hubuh simen sepalit. Tang kawasan tu keraih sikit. So next time aku sambung balik.

Maka keluar balik seni retak yang menjadi trademark porcelain sign... ni yang aku mau; seni yang hilang dek restorasi dulu.





Saturday 6 June 2015

Jalan Jalan Balik Kampung: Shell Lightbox

Sebijik sign Shell tahun 50an di tanjung. Cucunya takmau joi. Dah ramai orang pi mintak beli dari dulu lagi. So aku pun caucincau la..

Next, jumpa sign besax gila di Penaga. Sikit hari lagi rasanya macam nak kena bok turun la sign tu. Sebabnya stesen baru di sebelahnya dah hampir siap. Takkan nak pakai yang lama lagi kot.

Yang bestnya, sembang la punya sembang dengan kaki kaki belah sana, ropanya dah ada yang  book sign ni.. wuhhuu.. tapi tatau la dia book lagu mana.


Friday 5 June 2015

Gold Flake Enamel Sign

Antara enamel sign common di kalangan kolektor2 di Malaysia. Tidak rare dan tak senang juga dijumpai. Oleh kerana brand rokok, maka ia termasuk dalam senarai untuk dijual.

Brapa nak letak tatau? Errr.. dalam rm500 ke rm1000 lah rasanya..

Telfon gwe 011.32666654, Kg Melayu Subang.


Thursday 4 June 2015

Canvas Sign: Fuji Battery

Ntah! Tak pernah tengok sebelum ni. Besax jugak la sign ni. Rembat pi la.. tq John.


Wednesday 3 June 2015

Sign Bulat Shell









Posting saya sejak akhir akhir ni tak banyak disertakan dengan info dan salasilah... Malaih nak tulih dan cari maklumat tersebut. Alkisahnya saya lebih banyak guna hp dari pc. Makanya susah nk taip.

Termasuk la sign ni... Enamel sign Shell berukuran 48". Buleh jadi sign ni pernah tergantung tang tiang bengkok tu, trademark Shell tiang bengkok (tiang arch separa)

Nak joi ka nak simpan tatau?


Tuesday 26 May 2015

Gargoyle Enamel Sign

Buleh la lagu ni walaupun dah kena balaih cat selapih dua.. Orang tu nak touch up punya pasai...