Saturday 25 October 2014

Berpasang Pasangan ver 2.0

Terdapat beberapa items yang pada mulanya aku punya satu dan kemudian tup tup menjadi dua. Macam cerita magic pun ada. Mana tak nya, benda yang jarang ditemui dan tak disangka sangka menjadi hak milik.

1. Suatu ketika dulu aku pernah membeli oval Gargoyle Mobiloil sign. Sekitar tahun 2009/2010 di Amcorp. Beberapa bulan kemudian dapat satu lagi di Kampung Berjaya.

2. Pernah aku membeli sebijik 50s fire extinguisher dari Kampar. Body rivet dan bukan jenis welded. Eh, beberapa minggu lepaih tu aku dapat sebijik lagi dari Cik Jamel. Setahun dua selepaih tu aku jual ke seorang kenalan fb dari Banting.

3. Tidak lama kemudian aku terbeli satu lot barang lama dari Pak Sheikh Mohd Nor. Bersama lot ni terdapat satu fire extinguisher bebentuk kon, rivet type jugak. Lepaih tu time turun ke Kampar, aku lajak pi Telok Anson dan bertemu satu lagi barang yang sama di sana. Aku pun sambar jua dan bawa balik.

4. Shell Sold Here sign buleh hampa check posting terdahulu. Satu aku beli dari Teh Amcorp, satu lagi dari Jonker Melaka. Size original 4' lebar. Yang menariknya dua dua sign ni sudah terpotong tapi mempunyai lebar yang sama juga walaupun terpotong satu di sana, satu di mana mana.

5. Pernah aku punyai sebijik Mazda 808 Coupe. Tapi oleh kerana harus berpindah ke Indonesia, aku joi pada sorang sahabat. Kini setelah dua tahun dan akhirnya pulang, ada pulak orang joi sebijik lagi model yang sama kat aku. Eh, sahabat ni pun mengintai ngintai kiranya aku mau melepaskan yang ini nanti..

6. Hikayat Merong Mahawangsa, versi garuda dah bertahun tahun aku dok tanya tanya.. Biasanya jawapannya hampa belaka. Tiba tiba pada tahun ini ada seseorang rela menjual tapi... alamak ada orang lain dah mengintai lebih awai. Nasib baik la special deal dengan dia, aku beroleh HMM jua dan dia dapat satu buku lain foc with pembelian. Selang seminggu selepaih tu ada lagi la pulak HMM yang lain. Aku dapat deal direct tampa ramai orang tau.

7. Dalam tahun 2010 aku pernah membeli sebijik peti ais coke dari kedai barang lusuh. Rm70 sebijik.... aku joi balik ke seseorang rm300. Buleh la.. Eh, seminggu lepas makcik aku nak bagi barang yang sama kat aku. Pernah suatu ketika dulu dia usahakan perniagaan runcit. Tapi kini dah bersara. Yang bestnya peti aih ni masih berfungsi..

Apa lagi ya.... banyak aih nak taip... pakai hp agak susah juga nak berkarya no..

8. Kaki labah labah Singer
9. Sepasang buku Shekh Siti Jenar
10. Sepasang copy of Shekh Siti Jenar
11. Sepasang Hikayat Hang Tuah jawi
12. Sepasang Hikayat Hang Tuah di tangga
13. Sepasang radio yang sama model
14. Sepasang termometer Pepsi
15. Sepasang pam Caltex dari model yang sama... lupa pulak exact brand
16. Sepasang pam Gilbarco
17. Sepasang sign Embassy 77
19. Sepasang sign Double Ace
20. Sepasang sign Pirelly beli dari Abang Mat Rani
21.....

Pasangan pasangan ini mempunyai cerita menarik tersendiri... best juga kalo dok syox syox sendiri teringat memori barang lama..










Thursday 9 October 2014

Harga dari Sipolan ke Sipolan yang Lain

Kronologi..

. Seorang sahabat membeli dari seseorang di Penang (tatau harganya, 2012)
. Immidiatly sold to seorang kenalan yang juga seorang penjual barang tua (RM600, quick sale)
. Aku beli dari dia (RM900, tergedik gedik aku time tu..)
. Estimated harga la ni (RM1800 ke RM5000)
. Lagu mana aku taruk harga? (Harga ikut suka aku lah..)


Gambar hiasan



Mazda Rotary T Shirt

. Malaysian made
. Biru dan putih sahaja
. Cotton
. RM30 sehelai
. Pos laju RM6
. Inquiry, call 0111.664.6660
. Selagi stok masih ada







Teko Cap Teko

Kalau tak salah tahun lepaih aku terjumpa ada seller nak joi dalam rm400 lebih. Kat Amcorp Mall la, mana lagi. Logik jugak la sebab barang dah lama. Lagipun perlu kumpoi sejumlah pelekat/tin sebagai tebusan kalo nak. Tu cerita dulu..

Minggu ni pulak terjumpak lagi. Tapi dari seller lain dan seller ini ada beberapa set. Harganya ok ok gitu dan patut la ramai berebut ketika itu. Dengar cerita sold out dah... Sempat jugak aku grab dua set sebagai koleksi mudah pichia...