Showing posts with label prakata. Show all posts
Showing posts with label prakata. Show all posts

Saturday, 21 May 2016

Pekan Orang Minyak, Kubang Rotan

Sejak pulang ke kampung halaman, ni baru nak mula melangkah lebih sikit. Mudah mudahan membuahkan hasil. Sebelum ni sekadar beroperasi dari rumah.

Berada di Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah Darulaman. Berhampiran lot lot kedai kereta, tayar, bengkel moto, dua stesen minyak kecik. Maka sesuailah saya namakan kawasan ini Pekan Orang Minyak. Tambahan pula saya sangat meminati koleksi minyak, pertoliana.

Operasi lebih tertumpu kepada jual beli barang lama, lukisan bidai kayu, perabot lama dan barang barang motosikal.

011.32666654
Mus, Pakwa Niaga







Monday, 18 January 2016

Jual jual jual. Simpan yang Baguih Saja

Beberapa tahun dahulu, sekitar tahun 2009/2010 saya telah memiliki beberapa biji sign. Namun, bukanlah enamel sign, sekadar tin sign minyak cap kapak dan beberapa biji tin toys yang tak cukup sifat. Dalam tahun tahun tersebut juga saya ligat di ebay dan di beberapa web luar mencari info tentang collectibles. Semua nak balun aihhh..

Beberapa tahun kemudian barulah saya lebih fokus pada koleksi minyak... ahhha.. koleksi orang minyak. Koleksi lain yg buleh membenihkan koleksi parasite saya dah mula jual. Sign rokok semua nak dijual, open for any inquiry anytime bebeh.. Koleksi tin pun yang mana ada lebih, akan dijoi juga. Telefon, kerih, mesin jait, sign bengal, radio lama, lampu hiasan, buku buku, koleksi mak bonda dll semua terbuka untuk jualan. Banyak yg dah terjual beberapa bulan dulu sejak sy berniaga di Anger Mall, Shah Alam.

Koleksi orang minyak ada la sikit yg dijual atau swap. Sebijik dua pam pam kecik buleh la lg nk dilepaskan..

Sekian coretan malam buta..


Sunday, 30 November 2014

Projek Orang Minyak

Idea untuk menulis dan mengeluarkan sebuah karya tentang koleksi koleksi nasional telah tercetus beberapa tahun lalu. Tak tahu la awat aku berminat sangat untuk menulis tentang oldskool dan vintage. Pernah suatu ketika dulu aku menulis untuk My Rides Magazine. Kebanyakannya dalam ruangan restorasi.

Namun bila masa berlalu, kecenderungan tentang kereta oldskool pun turut surut berlalu. Aku terjebak dengan barang barang lama especially signs dan mesin mesin lama. Mulanya nak tulis tentang local signage. Tetapi setelah selangkah menulis, cita cita itu tertunda dan aku menemui kebuntuan yang sangat lama. Sejak sebulan dua ini baru aku mula sambung kembali hikayat tersebut. Aku akhirnya kecilkan skop penulisan... yaani berkenaan barang barang minyak saja..

Belum ada judul untuk buku ini.. tapi aku dah bubuh title Orang Minyak buat buah mola.

Berkisar tentang sign, pam, tin, scene petroliana, automemorabilia, kisah suka duka para pemungut, restorasi dan lain lain. Telah aku contact beberapa sahabat orang minyak yang sudi berkerjasama menyumbang maklumat. Insyallah aku coba selesaikan ilham yang terbuku setakat ini..

Alamak... tak brani nak janji bila buleh siap..



Saturday, 25 October 2014

Berpasang Pasangan ver 2.0

Terdapat beberapa items yang pada mulanya aku punya satu dan kemudian tup tup menjadi dua. Macam cerita magic pun ada. Mana tak nya, benda yang jarang ditemui dan tak disangka sangka menjadi hak milik.

1. Suatu ketika dulu aku pernah membeli oval Gargoyle Mobiloil sign. Sekitar tahun 2009/2010 di Amcorp. Beberapa bulan kemudian dapat satu lagi di Kampung Berjaya.

2. Pernah aku membeli sebijik 50s fire extinguisher dari Kampar. Body rivet dan bukan jenis welded. Eh, beberapa minggu lepaih tu aku dapat sebijik lagi dari Cik Jamel. Setahun dua selepaih tu aku jual ke seorang kenalan fb dari Banting.

3. Tidak lama kemudian aku terbeli satu lot barang lama dari Pak Sheikh Mohd Nor. Bersama lot ni terdapat satu fire extinguisher bebentuk kon, rivet type jugak. Lepaih tu time turun ke Kampar, aku lajak pi Telok Anson dan bertemu satu lagi barang yang sama di sana. Aku pun sambar jua dan bawa balik.

4. Shell Sold Here sign buleh hampa check posting terdahulu. Satu aku beli dari Teh Amcorp, satu lagi dari Jonker Melaka. Size original 4' lebar. Yang menariknya dua dua sign ni sudah terpotong tapi mempunyai lebar yang sama juga walaupun terpotong satu di sana, satu di mana mana.

5. Pernah aku punyai sebijik Mazda 808 Coupe. Tapi oleh kerana harus berpindah ke Indonesia, aku joi pada sorang sahabat. Kini setelah dua tahun dan akhirnya pulang, ada pulak orang joi sebijik lagi model yang sama kat aku. Eh, sahabat ni pun mengintai ngintai kiranya aku mau melepaskan yang ini nanti..

6. Hikayat Merong Mahawangsa, versi garuda dah bertahun tahun aku dok tanya tanya.. Biasanya jawapannya hampa belaka. Tiba tiba pada tahun ini ada seseorang rela menjual tapi... alamak ada orang lain dah mengintai lebih awai. Nasib baik la special deal dengan dia, aku beroleh HMM jua dan dia dapat satu buku lain foc with pembelian. Selang seminggu selepaih tu ada lagi la pulak HMM yang lain. Aku dapat deal direct tampa ramai orang tau.

7. Dalam tahun 2010 aku pernah membeli sebijik peti ais coke dari kedai barang lusuh. Rm70 sebijik.... aku joi balik ke seseorang rm300. Buleh la.. Eh, seminggu lepas makcik aku nak bagi barang yang sama kat aku. Pernah suatu ketika dulu dia usahakan perniagaan runcit. Tapi kini dah bersara. Yang bestnya peti aih ni masih berfungsi..

Apa lagi ya.... banyak aih nak taip... pakai hp agak susah juga nak berkarya no..

8. Kaki labah labah Singer
9. Sepasang buku Shekh Siti Jenar
10. Sepasang copy of Shekh Siti Jenar
11. Sepasang Hikayat Hang Tuah jawi
12. Sepasang Hikayat Hang Tuah di tangga
13. Sepasang radio yang sama model
14. Sepasang termometer Pepsi
15. Sepasang pam Caltex dari model yang sama... lupa pulak exact brand
16. Sepasang pam Gilbarco
17. Sepasang sign Embassy 77
19. Sepasang sign Double Ace
20. Sepasang sign Pirelly beli dari Abang Mat Rani
21.....

Pasangan pasangan ini mempunyai cerita menarik tersendiri... best juga kalo dok syox syox sendiri teringat memori barang lama..










Thursday, 9 October 2014

Harga dari Sipolan ke Sipolan yang Lain

Kronologi..

. Seorang sahabat membeli dari seseorang di Penang (tatau harganya, 2012)
. Immidiatly sold to seorang kenalan yang juga seorang penjual barang tua (RM600, quick sale)
. Aku beli dari dia (RM900, tergedik gedik aku time tu..)
. Estimated harga la ni (RM1800 ke RM5000)
. Lagu mana aku taruk harga? (Harga ikut suka aku lah..)


Gambar hiasan



Saturday, 28 June 2014

Ramadhan di Balikpapan 2014

Pada hari ini 1 Ramadhan 1435 bersamaan 28 June 2014.

Saja ja nak jot down.. sepuloh tahun nanti bila baca, soheh aku terkenang balik nostalgia Balikpapan Kaltim
. 300 kali lebih blackout sejak aku dok sini dari Ramadhan 2012
. Raya 2012 tanpa ketupat
. Sepanjang masa tu aku dan keluarga cuma ke Kebun Sayox, Klandasan dan hunting cawan dan teko tiap ujong minggu
. Mesti orang gelak... sebab tak pernah pun nyetir sampai ke Samarinda
. Oh Primananda dan para bunda bunda anak anak aku di Gunung Pasir...

Apa lagi yang significant ya...?










Oh ya...
. Aku belajar main pinggan mangkuk pml di sini la
. Belajar kenai kerih pun di sini
. Mmmm...

Friday, 14 September 2012

Serba Sedikit Perihal Koleksi Petroliana

Ni kalau ikut pendapat aku lah...

Aku biasanya klasifikasikan koleksi koleksi Petroliana kepada beberapa peringkat. Yang terchampion adalah barang barang primary syarikat syarikat minyak yang digunakan pada zaman kegemilangannya. Barang yang sendiri digunakan syarikat sentiasa menduduki carta teratas. Ini termasuk pam, bebola lampu pam a.k.a pump globes, light box dan enamel signs.

Manakala tin tin, containers dan kaleng kaleng yang turut mempromosi jenama syarikat sentiasa menjadi runner-up. Walau bagaimana pun overall champion dikalangan barang barang primary ini masih lagi aku klasifikasikan mengikut tahun dan logo terawal. Kadang kadang material dan teknik pengeluaran/penghasilan turut aku telitikan. Tin sign takleh la nak jual senilai porcelain sign sebagai contoh.

Produk secondary seperti cendermata, cawan, topi, peta, buku, tin toys, fridge magnet, badges dan barangan lain yang menjenamakan syarikat minyak tak mungkin menjadi champion nombor satu. Namun bisa juga jadi runner up mengalahkan barang primary yang tak berapa rare seperi tin minyak 80an.

Produk produk additive atau brand minyak kelas ketiga atau zaman sekarangnya sebanding X1-R, produk penjimat minyak dsb tak termasuk dalam carta pilihan aku... wuhhuuuu...

Monday, 10 September 2012

Tamau Beli, Tamau Juai dan Tamau Amik Tau

Aku ingin mengambil kesempatan pada posting kali ini untuk menyeru diri aku dan kawan kawan yang MEMAHAMI agar tidak mengambil keuntungan dan sesempatan duniawi diatas barang barang yang mempromoikan khamr aka arak dan seangkatan. Ini termasuk la signboard arak kepala anjing, gelas dan cawan yang pernah syaitan kencing di dalamnya, tshirt promosi arak, bekas abu rokok promosi beg ka apa bala lagi. Hampa coba faham kiranya iman masih bertakhta di dada. Keterlibatan 10 golongan yang dilaknat tidak terbatas pada peminumnya saja.

Selain yang jelas haram di atas, aku dah berhenti membeli barang berunsur poster gadis penyanyi mahu pun pelakon dan gambar awek dulu dulu yang jelas terpampang pada sign sign champion. Yang katun boleh la kugagahi amik dan jual. wuhhuuu dunia oh dunia. Payah betui mau buang...

Mmmmm... Barang yang berunsur patung, boneka atau dengan kata yang nian jahat; berhala aku tamau amik peduli. Walaupun champion dan pernah aku beli dulu, kini aku buang. Boneka champion bisa jadi mainan kanak kanak dan jika boneka ini bisa diijak pijak, dihumban ke sana ke mari. Maka ini masih dibenarkan. Tapi kalu dah naik tochang, jadi display set, jadi idola, jadi kekaguman orang atau dengan kata mulut jahat ini; jadi sembahan orang maka itu menghampiri kekufuran.

Taktau la hampa pikiag camana... yang was was baik kita tolak ketepi. Bagi la golongan lain kutip barang cam ni. Banyak lagi yang buleh kita kumpul. Sekian...

Monday, 13 August 2012

Barang Champion

...aku perkenalkan blog barang champion ini yang mungkin sebenarnya membicarakan barang barang lama yang tak berapa champion, barang yang hampir champion dan champion olok olok mengikut penilaian logik akal yang nian terbatas pengetahuan segala!