Berukuran lebih kurang 4 kaki lebar saya kutip semasa hunting bersama squad Slonkotip Alor Setar. Sayangnya checkered board sebagai alas utama dah rapuh dan serpihan ada yang hilang sikit. Kepingan jata pun dah berselerak jadinya. Tapi pada pandangan mata saya jata ini adalah 'sesuatu' dan ada nilai. Wajib untuk diselamatkan saya dok pikiax.
Masa bawak turun dari loteng dah beberapa kali patah. Tapi saya gagahkan juga bawak balik rumah. Socket dan wiring masih ada. Nak kena full overhaul mat saleh kata. Buat masa ni, takdak lagi slot yang sesuai untuk baikpulih jata ni. Nak kena ikut mood jugak. Tunggu na..
Monday, 28 May 2018
Koleksi Petroliana
Antara koleksi petrol yang menarik untuk dibuat perhiasan. Bukan saya punya na... Taukey Shell Alor Setar punya. Masa nak isi minyak hari tu saya terserempak dengan koleksi terbaik ini. Walaupun bukan barang lama tapi taukey ini punya citarasa...
Tong Duit Lama
Tong duit Milo atau cash register pesyen lama. Masa saya kecik2 dulu tahun 80an menang biasa digunakan di kedai2 runcit. Antara barang2 ong yang jarang taukey cina nak jual.
Dulu pernah ada beberapa jenama. Tapi saya joi semua sebab tumpu pada koleksi minyak. Ni baru ada kesedaran nak kumpoi balik.
Dulu pernah ada beberapa jenama. Tapi saya joi semua sebab tumpu pada koleksi minyak. Ni baru ada kesedaran nak kumpoi balik.
Tin Nostalgia
Antara tin yang berkeadaan sangat baik semasa ditemui. Dalam ada tin ada tin ada tin lagi. Sebab tu la lawa.
Dapat di Bukit Pinang tshun lepas masa perobohan kedai2 lama di situ.
Subscribe to:
Posts (Atom)