Thursday 29 September 2016

Koleksi Shell 125 Tahun

Promosi Shell 125 tahun sedang berlangsung ketika ini. Anda perlu membeli minyak pelincir Shell bagi melayakkan anda membeli atau menerima koleksi Petroliana Shell.

Kalau pandai sembang, dapat la beli cenderahati ini tanpa syarat. Koleksi ini berpotensi menjadi collector's item kelak pada harga yang lebih tinggi.





Pelikan Ink dan Pekan Alor Jangguih

Pelikan Ink saya dapat dari kedai runcit lama bulan July lalu. Kedai harus dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru. Blok ini menempatkan lapan lot kedai lama. Empat kedai runcit lama masih beroperasi sebelum dirobohkan. Selebihnya dah jadi kedai pencen dan rumah kediaman.

" dah pat puluh tahun lebih rak ni tak berubah"

Ayat yang saya masih ingat ketika memborong beberapa biji perabot display lama ketika itu. Barang runcit pelan pelan surut berpuloh kali dok ulang pi.

Ketika ini blok ini sedang dirobohkan unit demi unit.... kasihan juga saya tengok.

Manakala minggu lepaih, sahabat baik hadiahkan poster kecik Pelikan Ink. Maka lengkap la susunan..



Friday 29 July 2016

GEC Telefon Tanduk Jabatan Telekom









Kira kira tiga minggu lalu sy telah deal dengan seorang sahabat sebuah telefon jenis tanduk. Walaupun terdapat defect pada body serta unknown functionality, sy tetap beli jua. Pagi tadi di Kampung Berjaya sy menerima telefon ini.

Rupa rupanya brand GEC.

Buleh la nk buat display dulu sementara tunggu masa yang sesuai untuk menjual set ini pada yang berkehendak. Kepada sahabat2 yg pm saya hari ini, lebih sepuloh orang rasanya, sy sekadar bgtau yang set ini tidak dijual buat masa ni. Minta maaf sebab sy tak dpt nk buat pilihan pada siapa. Dan saya belum warwarkan harganya setakat ni. Tapi expected nilainya ialah rm950. Sy cuma berharap sahabat2 yang mengetahui harga dari blog ini boleh bersedia nnti. Saya belum reveal harga di fb.

Sekian.


Saturday 11 June 2016

Gambar Yang Dipertuan Agong

Mulanya nak kumpul semua 14 YDP Agong dari awai sampai la ni. Tapi tiba tiba rasa macam tak brapa nak simpan dah. Jadi, semuanya untuk dilepaskan semua sekali.

. Sultan & Sultanah Kedah
. Sultan & Sultanah Negri Sembilan
. Sultan & Sultanah Negri Sembilan (versi awal)
. Sultan Terengganu (terdahulu)
. Sultan Terengganu (sekarang)
. Sultan Perak (terdahulu)

Kesemua pernah bergelar YDP Agong.


Lukisan Bidai Shell Lama

Lukih bidai ikut mood. Kadang rajin, kadang malaih ya amat..






Thursday 2 June 2016

Bidai Milo

Buleh jadi iklan ini yang paling ada makna. Maka saya lukih kembali di atas bidai berukuran 4'x6'. Susunan motif diolah kembali dan hijau muda tin lama mengambil alih warna sesuai latar belakang dan contrast. Masih dalam pembikinan dan terbuka dijual pada yang berkenan.





Wednesday 1 June 2016

Lukisan Bidai















3' rm 3xx
4' rm 4xx
5' rm 5xx
Macam tu lah seterusnya. Khusus tahun 2016 sahaha selagi harga bidai masih stabil.


Beroperasi dari Pekan Orang Minyak, Alor Jangguih. Alor Setar
011.32666654

Saturday 21 May 2016

Pekan Orang Minyak, Kubang Rotan

Sejak pulang ke kampung halaman, ni baru nak mula melangkah lebih sikit. Mudah mudahan membuahkan hasil. Sebelum ni sekadar beroperasi dari rumah.

Berada di Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah Darulaman. Berhampiran lot lot kedai kereta, tayar, bengkel moto, dua stesen minyak kecik. Maka sesuailah saya namakan kawasan ini Pekan Orang Minyak. Tambahan pula saya sangat meminati koleksi minyak, pertoliana.

Operasi lebih tertumpu kepada jual beli barang lama, lukisan bidai kayu, perabot lama dan barang barang motosikal.

011.32666654
Mus, Pakwa Niaga







Thursday 7 April 2016

Shell Collection

Sebulan dua ni dah tiga keping sign Shell saya jual. Paksa-jual sebenarnya demi kelangsungan hidup. Dua keping Shell cap ayam. Asiatic Pertoleum. Dan sebijik Shell Motor Spirit dr Australia. Maka berkurang la sign Shell dalam simpanan.

Tapi nasib baik la ada satu lagi sign bulat ni. Bawak turun yang pat segi, bawak naik yang bulat. Si bulat tu kalau tak salah saya beli bulan tujuh tahun lepaih, baru Ahad lepaih dapat bawak balik mai.

Terima kasih tuan penjual, Roy Ipoh.
Jasamu dikenang.


Thursday 31 March 2016

Bangunan Asiatic Petroleum SS Co Ltd

Tak sangka ada bangunan tersorok di Alor Setar. Dah jadi bengkel perabot sejak sekian lama.

Seredak minyak pun dah ghoib..

Tapi kan.... ada kawan tu dapat ayam enamel sign tepi sungai tau. Makna kata......



Tuesday 22 March 2016

Sign Canvas Esso

Sign canvas ni dah dua bulan camtu la saya dapat. The next day try la kuatkan dengan batang kayu sebab nak bagi mudah nak gantung.

Ni.... minggu ni angin punya la kuat. Photo tu sekadax nk bgtau angin hari tu senang senang saja layangkan canvas yang berat ni. Tu bukan nak retuk ka, nak hampax ka... lepaih siap pasang penyepit kayu tu, nak tengok la jadi lagumana.... tu dia angin mai tulong kibax bendera. Sepanjang hari tu kuat ya amat..







Wednesday 16 March 2016

Kayu

Minggu ni saya banyak main kayu sbb last week dapat kayu yg best best. Kayu sekolah lama seratuih taun depa pi runtuh.

Dapat la seredak seredak untuk berkarya.. Insyaallah kalo menjadi, sy update pelan pelan hasilnya..

p/s
Kadang kadangkan.... walaupun tak cukup tools, rasa tergedik gedik nak buat kerja jugak. Jenoh nk potong pakai gaji manual.



Shell: British Imperial Oil Co Ltd

Lebih kurang lima tahun lalu dibeli dari ebay dan nampak gaya seminggu lagi akan dimiliki oleh orang lain jugak. Ayam dah joi, tin pun joi jugak.. Joi joi joi..

Sign dari Australia..



Brooke Bond Tea

Lama dulu memang nak jual. Tapi bila dah gantung, jd malaih nak joi dah la. Sign lima kaki ni sy letak di dapox, biax mem besax yg susun..

Ok la kot nooo..


Shell Asiatic Cap Ayam

[Sold]

Akhirnya harus paksa-jual juga sign ni setelah enam tahun simpan. It's a local percalain sign. Memang koleksi Shell sangat diminati ramai. Geng geng siam pun mai cari dari negara kita.

Sign ni memang ingat nk simpan bersama koleksi Shell yang lain. Tapi nak buat lagu mana.... joi pun joi lah...

Pernah ada dua bijik. Yang satu lagi dah joi pada ketua orang minyak utara. Kondisi kurang cun dari yang ni.




Thursday 10 March 2016

... jom mendulang!

Bagi yang ingin memdulang bijih timah kembali, buleh dapatkan dulang kayu ni. Diperolehi dari daerah Gerik beberapa bulan lepas.

Termasuk dalam lis barang lama dah. Rm150 sebiji. Ada empat biji saja.



Baju Guni Tepung

Rm150 sepasang

Biasanya digunakan oleh orang yang turun ke laut. Dibuat dari karung guni tepung zaman datuk datuk dulu.

Jarang ditemui..



Wednesday 9 March 2016

Radio Flyer

Dah lama dah beli wagon ni. Dalam empat tahun lalu. Cuma baru bulan lepas dan pi amik kat Penang. Menurut ceritanya, pernah dijadikan troli untuk angkut surat habax.

Steering dah ngokngek ngokngek sikit. Tp masih tegap.

Rm1800



Nak Cari Dana Sikit Bulan Ni..

Hubungi 011.32666654. Jualan istimewa bulan ni sj utk projek tergempax!








Wednesday 24 February 2016

Masa Terluang Hari Ni

Kemarin dulu dapat almari solek sebijik. Man bagi! Next day ada la masa terluang pagi tu dan sy amik kesempatan restore sedikit sebanyak. Quick restoration orang Kedah panggey. Pebaik gitu gitu saja. Senang saja, gosot punya gosot buang cat lama dan balaih varnish selapih dua.

Hari ni balaih sikit lagi dan gosot bagian laci sikit. Teruih jemox tumpang dok panaih lg petang ni... balaih cat biru muda tang dalam dia.

Dalam setengah jam, tergedik gedik rasa nak shooting sedaih. Kerin tak abih lg almari ni, angkut bawa masuk rumah.. click click click..

Sebenaxnya takmau joi pun barang2 ni. Saja gatai tangan nak letak harga. Kononnya try try nak buat iklan utk items lain nanti.

Tema rustic!