Friday 18 April 2014

Mandau Dayak Kalimantan

Alkisahnya aku terpaksa-rela beli mandau ni tatkala mau berangakat pulang bercuti ke kampung halaman. Nak buat lagu mana... terbeli jugak la aku.. Dah habax awai awai aku tamau benda yang berisi. Tapi dia dok buat tak paham lagu tu la... Takpa walaupun aku punya, tapi aku tak bawa balik rumah. Aku minta dia simpan sat.

Selepas sebulan dua, dia nak bagitau nak hantax kat aku. Tapi  nak buat lagu mana, benda yang aku tamau tu aku tamau la... Aku hadiahkan ke runner tu.. Maka simpanlah dia akan mandau ni beberapa bulan, digantung di dinding rumah. Bukan apa, aku malaih nak melayan mandau ni. Nak kena mandi bunga la, bagi makan la, nak beradap sopan tak tentu hala... Malaih la aku. yang mana tak patut buat tu, akau tamau la...

Setelah beberapa bulan, mungkin dalam sepuluh bulan selepas tu kot, aku bertemu lah si dia lagi. Wuhhu ada cerita menarik. Dalam pukul dua pagi, di malam jumaat, mandau tu bagi warning. Wah.. dia keluar separuh dari sarung nya.. Maka terkejut la mereka sekeluarga bertempiaran lari. Mintak dibagi makan dan dibelai kot.

Tabiat ni berlaku beberapa kali di rumah tu. Lama lama dah lali la gamaknya..

Tapi suatu malam ia terjadi lagi. Kali ni mandau tu langsung jatuh ke lantai di sisi si anak. Dek terkejut, maka terpeganglah si anak akan mandau ni. Telapak tanyanya berdarah. Dirawat di hospital katanya.

Akhirnya aku dapat tau sang mandau dah di bawa ke kampung. Tatau la apa nasibnya sekarang.





No comments:

Post a Comment