Thursday 22 May 2014

Tin Minyak Sebagai Tema Petroliana















Antara barang wajib yang sangat memberi impak pada dekorasi petroliana adalah koleksi tin pelbagai jenama. Oleh kerana warna yang menawan sebagai marketing items oleh pihak pengeluar, koleksi pin minyak sangat memainkan peranan dalam memeriahkan suasana galeri anda.

Pada peringkat awal, koleksi tin yang tak sebanyak nama, memang kurang memberi impak. Namun bila dah banyak, dan sekira boleh memenuhi dinding galeri anda, maka kerasukan pasti terasa. Koleksi tin karat aku walaubagaimana pun masih dalam kotak. Almaklum la aku masih di seberang tika ini. Insyallah bila dah kembali nanati aku mau la jugak sediakan mini galeri buat koleksi yang aku ada..

Sejak beberapa tahun bebelakangan, tin minyak lokal masih dijual antara rm30-rm50 setin. Dan minyaknya masih penuh unopened gitu.. Tapi ada juga yang mencanak jugak nilainya. Kalo barang lama, logo lama ku sambar jua..

.... just in case kalian nak jual tin tin sebegini, bagi tau naaa... Nak jugak mengumpul lagi. Tapi aku prefer bulk buy lah... Sebijik sebijik tak beshhh!









No comments:

Post a Comment